NOTE: Hi, selamat berdating dengan Megat Fitri dan Melina. Maaf baru sempat update. Slow2 ya hezy update sebab hezy sedang siapkan cerita lain untuk dijadikan ebook. Jadi, MF dan Melina sedikit terabai. Harap sabar menanti bab seterusnya.
Terima kasih sudi baca.
VOTE. COMMENT. SHARE.
########
SETIBANYA di rumah, Megat Fitri menghempaskan badannya di ata sofa di ruang tamu. Merehatkan badan buat seketika setelah penat bekerja dan memandu tadi. Matanya terutup rapat sambil memikirkan tentang keputusan yang telah dibuat olehnya. Dan dia belum memberitahu ayah dan ibunya lagi.
"Letih sangat ke anak ibu ni sampai rehat di sini?" tegur Puan Sri Farah sambil tangannya naik menampar peha Megat Fitri dengan lembut.
"Eh, ibu! Ingatkan siapa tadi. Letih sikit sebab hari ini Fit banyak jumpa client." Beritahu Megat Fitri. Tidak perasan dengan kehadiran ibunya di situ. Dilentokkan kepalanya di atas bahu si ibu dengan tangan memeluk pinggang ibunya.
"Pergilah naik rehat dalam bilik. Bersihkan badan tu. Baru segar," suruh Puan Sri Farah. Dah besar panjang pun, masih lagi nak bermanja. Macam budak-budak kecil.
"Sekejap lagilah, ibu. Bagi Fit rehat sekejap." Semakin dieratkan pelukan di pinggang ibunya. Rasa lama sudah tidak bermanja dengan ibunya dengan jadualnya yang sibuk menguruskan hotel keluarga mereka.
"Manja." Komen Puan Sri Farah. "Kalau Melina tengok ni, mahunya dia tidak kamu jadi suami dia." Sambung Puan Sri Farah lagi. Selepas Megat Fitri meminta dia untuk masuk meminang Melina, dia begitu gembira kerana hajatnya hendak bermenantukan Melina bakal menjadi kenyataan.
"Melina bukannya nampak sekarang ini," ujar Megat Fitri acuh tak acuh.
Sebut soal Melina, masih tiada maklum balas dari wanita itu selepas dia memberitahu yang ibunya akan masuk meminang wanita itu tidak lama lagi. Malah lamarannya dibiarkan tergantung sepi tanpa jawapan daripada wanita itu.
"Sebut pasal Melina, macam mana dengan lamaran Fit tu? Mel dah buat keputusan atau belum?" soal Puan Sri Farah. Anaknya hanya senyap saja selepas memintanya untuk masuk meminang Melina dan pinangan tersebut selepas Melina menerima lamaran tersebut dan setuju untuk berkahwin dengan anaknya itu.
"Belum. Entah-entah dia lupa dengan lamaran Fit tu."
Sedikit terasa hati apabila Melina memilih untuk menyepi walaupun tujuan dia menikahi Melina bukan kerana cinta. Bukan apa, dia tidak sabar hendak membalas dendamnya. Melihat kebahagiaan Melinda di media sosial, hatinya sakit. Wanita itu boleh hidup dengan gembira sedangkan dia di sini sengsara.
"Sabarlah. Fit ingat senang ke nak buat keputusan untuk berkahwin. Mel kena fikir baik, buruknya," ujar Puan Sri Farah. Berharap anaknya akan mengerti. Dan tidak mendesak Melina untuk membuat keputusan terburu-buru. Biarlah Melina fikirkan mana yang terbaik. Soal kahwin, dia tidak mahu memaksa.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...