TRIPLE UPDATE for today. Happy reading guys.
p/s: anda dibenarkan untuk memaki Megat Fitri. hahaha.
33 vote untuk bab seterusnya.
****
MAJLIS cukur jambul dan akikah cucu Tan Sri Megat Zubir dan Puan Sri Farah diadakan di kediaman Villa Qaseh. Anak kepada Puteri Zafina dan pasangannya, Rizal diadakan dengan meriah sekali. Melina yang berada di majlis sebegitu buat pertama kali terasa kekok. Dengan tetamu yang hadir begitu ramai dan kebanyakkan mereka ialah orang kenamaan.
Pada pagi itu, Melina membantu Mak di dapur menyediakan sarapan pagi sebelum membantu wanita itu membuat kuih-muih tradisional seperti permintaan Puan Sri Farah memandangkan Mak Hasnah memang pakar dalam membuat kuih tradisional. Walaupun ibu mentuanya menggunakan khidmat katering tetapi Melina meringankan tangan untuk membuat Mak Hasnah dan bibik di dapur memandangkan majlis akan bermula selepas waktu Zuhur.
Rasa segan dan kurang selesa apabila dia hanya duduk tanpa membuat apa-apa memandangkan dia hanya menantu di dalam rumah ini. Dan satu-satunya menantu perempuan walaupun saudara-mara Megat Fitri sedang berkumpul di ruang keluarga melayan si kecil.
"Eh! Mel buat apa di sini? Kenapa buat kerja pula. Ibu dah pesankan supaya Mel berehat."
Terkejut Puan Sri Farah apabila melihat Melina sedang membantu Mak Hasnah dan bibik di dapur. Rajin betul menantunya berada di dapur. Saudara-mara yang lain sibuk berkumpul di depan dan berbual, Melina pula berada di sini. Patutlah sewaktu dia mencari Melina dalam kalangan saudara-mara di depan, menantunya tiada.
Sejak mengetahui penyakit menantunya itu, dia melarang Melina daripada melakukan kerja berat tetapi menantunya tetap berdegil dan macam-macam alasan diberikan oleh Melina.
"Alah. Tak mengapalah ibu. Lagipun bukannya susah pun." Balas Melina apabila Puan Sri Farah menegurnya. Dia bosan apabila ibu mentuanya meminta dia berehat sahaja sedangkan sebelum ini pun dia membuat kerja berat tetapi tiada apa-apa yang berlaku.
Kejadian tempoh hari disebabkan dia terlupa makan ubat. Dan kerana itulah Puan Sri Farah tahu akan penyakitnya. Bukan main risau lagi ibu mentuanya ketika itu. Setelah puas dia merayu pada Puan Sri Farah supaya tidak memberitahu Megat Fitri akan penyakitnya, akhirnya ibu mentuanya akur dengan permintaannya itu.
"Tengok tu. Ibu suruh Mel berehat, ada-ada saja alasannya. Ibu risau Mel pengsan macam hari tu."
"Ibu tak payahlah risau. Mel okey. Hari tu sebab Mel terlupa makan ubat. Sebelum ini pun Mel selalu buat kerja tetapi tak ada sampai pengsan."
Okey! Melina bohong. Sebenarnya dia pernah pengsan sewaktu dia meniaga nasi lemak dulu. Dan nasib baik ada orang melihatnya dia pengsan dan membawanya ke hospital. Mujurlah ketika itu dia tidak ditahan di hospital. Terselamat rahsianya.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...