SIDE NOTE: Kalau anda rasa cerita ni klise, jangan baca. hehe. Tiada sebarang paksaan ya. Setakat ini bacaan Kerana Terpaksa percuma di wattpad. Saya belum ada perancangan nk terbitkan. Mungkin tahun depan, kalau tak sibuk saya akan terbitkan jadi novel kisah Megat Fitri dan Melina. Masih lagi dalam perancangan.
Jangan lupa tanggungjawab anda untuk
VOTE. COMMENT. SHARE.
25 vote untuk next bab. TQ.
#####
SUDAH masuk dua malam Melina ditahan di wad. Dua malam jugalah Megat Fitri menjaga Melina. Pada mulanya Puan Sri Farah ingin menemaninya tetapi Melina menegah kerana tidak mahu menyusahkan ibu mentuanya. Megat Fitri hanya datang waktu malam saja untuk menemaninya kerana siang hari suaminya kerja.
Melina tahu yang Megat Fitri sibuk memandangkan event yang bakal berlangsung tidak lama lagi di bawah pengurusan suaminya. Oleh kerana tidak mahu membebankan Megat Fitri, Melina menyuruh suaminya pulang.
"Kalau awak nak balik, pergilah. Saya okey."
Ujar Melina apabila melihat Megat Fitri sibuk dengan tablet di tangan. Sekejap tadi suaminya baru selesai bercakap melalui telefon yang berkaitan dengan urusan kerja. Melina tahu yang esok Megat Fitri ada mesyuarat penting untuk dihadiri. Jadi dia tidak mahu menyusahkan suaminya itu.
"Kau tak kisah ke?"
'Kalau saya kisah pun, awak tak pernah kisah, Fitri.'
Kata-kata itu hanya mampu Melina ungkapkan dalam hati.
"Baliklah. Saya tahu mesyuarat awak lagi penting." Dari saya.
Dan Melina hanya mampu menyambung kata-kata itu dalam hati.
Tanpa pamitan, Megat Fitri terus meninggalkan Melina di situ. Yakin yang Megat Fitri sudah menjauh, akhirnya Melina menghamburkan air mata yang dia tahan sejak tadi.
Melina tahu tiada sekelumit pun perasaan simpati lelaki itu terhadapnya. Dan Megat Fitri bawa dia ke hospital mungkin tidak mahu Puan Sri Farah memarahinya. Mungkin tidak mahu menunjukkan yang sebenarnya lelaki itu berdendam dengan dia.
Kuatlah Melina!
Pada petang itu, ibu dan ayah mentuanya datang melawat dia bersama dengan si bongsu perempuan Puteri Fateeha.
"Mel macam mana? Dah okey?" soal Puan Sri Farah yang duduk di sisi Melina. Petang itu dia datang membawa makanan yang dimasak sendiri olehnya. Nasi putih, ikan bakar dan sup sayur.
"Alhamdulillah. Semakin membaik. Mungkin esok Mel dah boleh keluar," beritahu Melina. Mengikut doktor, jika keadaannya bertambah baik dan tekanan darah normal, esok dia sudah boleh discharge.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...