NOTE: Nahhh...hezy belanja bab 11 tetapi sikit jerlah. Bukan full bab. Nak baca full, kena tunggu cerita ni siap sepenuhnya. hehehe. Semoga terubat rindu pada #MegatFitrixMelina.
Happy reading...
VOTE. COMMENT. SHARE.
#########
CADANGAN si ibu berlegar-legar di dalam fikirannya. Patutkah dia setuju sahaja dengan cadangan tersebut? Meminang Melina? Tidak pernah terfikir dalam fikirannya untuk hidup bersama Melina. Tujuan dia dekati Melina hanya untuk membalas dendam tetapi untuk berkahwin dengan Melina memang tiada dalam perancangannya. Rancangannya untuk membuat Melina jatuh cinta padanya dan tinggalkan wanita itu.
Tetapi cadangan si ibu untuk masuk meminang Melinda sangatlah tidak terjangka.
Apa yang patut dia buat?
Adakah dia harus setuju saja dengan rancangan tersebut?
Ah! Buntu fikirannya ketika ini.
Mungkin dengan menikahi Melina, lagi senang untuknya membalas dendam dengan apa yang Melinda buat padanya.
Malaslah hendak fikir. Buat semak kepalanya sahaja. Jika tidak menikahi Melina pun dia masih boleh membalas dendam terhadap Melinda.
"Jauh termenung." Teguran Puan Sri Farah mengejutkan Megat Fitri yang sedang duduk termenung di taman ibunya.
"Eh! Ibu. Duduklah." Pelawa Megat Fitri. Tidak dengar pula derap langkah si ibu.
"Fit fikirkan apa?" soal Puan Sri Farah sebaik saja melabuhkan duduknya di kerusi bersebalahan anaknya. Anaknya seperti ada masalah besar sahaja.
"Fikirkan tentang cadangan ibulah. Tetapi Fit tak setuju dengan cadangan ibu." Terus-terang Megat Fitri. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia berbincang dengan ibunya.
"Kenapa pula? Ke Fit dah jumpa wanita lain?" soal Puan Sri Farah sedikit kecewa dengan keputusan si anak.
"Bukan. Fit belum bersedia untuk berkahwin."
Ya. Memang dia belum bersedia untuk berkahwin selepas Melinda meninggalkan dia. Baginya, hati dia sudah mati apabila dia putus dengan Melinda. Sakitnya sehingga sekarang masih terasa.
"Umur Fit dah 28 tahun. Apa yang belum bersedia? Bukannya makin muda tetapi makin tua." Puan Sri Farah hendak memulakan tazkirahnya.
"Muda lagilah ibu. Baru 28 tahun. Rilekslah." Sengih Megat Fitri. Masih ramai kawan-kawannya yang bujang walaupun kawan-kawannya yang rapat semuanya sudah mendirikan rumah tangga.
"Sedar dirilah. Yang umur semakin meningkat. Tengok Rizal tu, anak nak masuk dua tapi kamu masih lagi belum berkahwin," bebel Puan Sri Farah. Menjadikan menantunya sebagai contoh. Rizal merupakan teman rapat Megat Fitri dan berkahwin dengan Puteri Zafina, kakak kepada Megat Fitri.
"Biarlah Rizal tu. Dia dah kahwin, memanglah anak nak masuk dua pun."
Balas Megat Fitri selamba. Bukan setakat Rizal tetapi hampir semua kawan-kawan rapatnya sudah memiliki anak. Cuma beberapa orang sahaja yang belum ada rezeki. Termasuk dia. Belum ada rezeki untuk kahwin dan ada anak.
"Suka hati kamulah, Fit. Apa yang ibu cakap, ada saja yang hendak dibantah." Geleng kepala Puan Sri Farah dengan kedegilan si anak. Dia kata A, Megat Fitri kata B. Sampai ke sudah dia kempunan nak menantu perempuan.
"Jadi, tak setujulah ni dengan cadangan ibu?" soal Puan Sri Farah inginkan kepastian. Manalah tahu anaknya tiba-tiba berubah fikiran.
"Ya. Tak setuju. Lagipun sekarang ni Fit sedang sibuk uruskan pembinaan resort di Melaka dan juga beberapa event yang bakal berlangsung di hotel kita tu." Alasan yang agak munasabah diberikan kepada si ibu agar ibunya tidak membebel panjang.
"Yalah. Suka hati kamulah. Jangan bujang sampai ke tua sudah," ujar Puan Sri Farah sebelum meninggalkan anak lelakinya sendirian di tamannya. Susah bercakap dengan satu-satunya anak lelakinya yang keras kepala.
Megat Fitri menghantar langkah si ibu dengan pandangan matanya.
Dia tahu yang ibunya kecewa tetapi buat masa sekarang dia belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Hatinya masih belum sembuh sepenuhnya. Bila tiba masanya, dia tetap akan berkahwin. Itu yang pasti!
Tulusly,
HEZY ROSE.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...