NOTE: Hi, lama tak bersiaran. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal kita temui beberapa hari lagi. Maaf, bulan puasa ni memang slow sangat menulis. Sibuk uruskan benda lain yang perlu diberikan keutamaan. Semoga terubat rindu pada MF dan Melina. huhu
Selamat membaca kisah MF dan Melina. Hope you guys enjoy. Doakan semoga dpt siapkan cerita ini sehingga ke garisan penamat. hehehe.
VOTE. COMMENT. SHARE.
#######
Setahun kemudian...
KEPULANGAN Melinda ke Malaysia mengembirakan Melina dan adik-adik yang lain. Kepulangan yang dinanti oleh mereka sekeluarga selepas Melinda mengkhabarkan bahawa dia akan pulang ke Malaysia memandangkan sekarang ini dia sedang bercuti. Dan pulang Melinda bersama suaminya. Setelah satu tahun Melinda tidak pulang ke Malaysia, akhirnya adiknya membuat keputusan untuk pulang ke tanah air.
"Kak long, Lissa gerak dulu ya." Beritahu Melissa. Dia yang akan mengambil Melinda dan abang iparnya di lapangan terbang nanti.
"Hati-hati memandu. Jangan drive laju sangat."
Pesanan ditinggalkan kepada Melissa sebelum si adik bergerak keluar dari pagar. Dia tidak dapat mengikuti Melissa memandangkan hari ini bukan hari cuti. Untuk mengambil cuti hari ini, tidak mungkin kerana dia ada mesyuarat bersama-sama dengan encik bos. Mahunya lelaki itu mengamuk nanti kalau tahu dia mengambil cuti disebabkan Melinda.
Jelas sekali yang Megat Fitri tidak suka nama Melinda disebut di depannya. Mahu lelaki itu naik angin nanti.
Setibanya di pejabat, Melina memulakan tugasnya seperti biasa sebelum turun ke bawah untuk berjumpa dengan client hotel sekejap lagi untuk berbincang tentang event yang bakal berlangsung di hotel ini. Berbincang tentang tawaran harga dan sebagainya.
"Hai, laju betul you jalan sampai I pun you tak nampak ya."
Teguran Megat Fitri mematikan langkah Melina. Tidak jadi hendak melangkah ke restoran hotel.
"Eh, Encik Megat. Maaf, saya nak cepat. Client sedang menunggu saya."
Beritahu Melina. Awal-awal pagi melihat wajah Megat Fitri terasa hilang mood pula kerana lelaki yang sedang berdiri di sisinya ini tidak pernah jemu mengejarnya. Tanpa menanti balasan Megat Fitri, Melina melangkah pergi dari situ.
Puas dia menolak dan Megat Fitri tetap mengejarnya selama ini. Akhirnya dia membiarkan saja. Lama-lama lelaki ini akan puas juga. Dan tipulah jika dia katakan yang perasaannya tidak pernah terusik dengan setiap perbuatan Megat Fitri kerana lelaki itu ada auranya tersendiri. Dia terpaksa membina batasan dan ketepikan rasa itu kerana tidak mahu terlanjur mencintai lelaki itu.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...