BAB 17

296 19 2
                                    

NOTE: Bab kali ini pendek saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTE: Bab kali ini pendek saja. Harap semua suka dan enjoy ya. Malas nak membebel panjang, tak ada mood mlm ni. huhu. nk sambung menulis. And take care semua. Yg mana belum daftar vaksin lg, cpt2 daftar ya.


VOTE. COMMENT. SHARE.



*****


KEPUTUSAN sudah dibuat selepas berhari-hari dia memikirkan akan lamaran tersebut. Melina berharap ini keputusan yang tepat dan tidak melukakan mana-mana pihak. Soal hati dan perasaannya, dia sudah yakin akan keputusan yang dia telah buat. Dan hatinya sentiasa berbunga-bunga dengan layanan Megat Fitri yang sentiasa romantik dan lemah-lembut dengannya.

Hari ini dia akan memberitahu keputusannya kepada Megat Fitri sama ada dia menerima atau tidak pinangan lelaki itu. Tidak mahu menangguhkan lagi keputusannya.

Janji tetap janji.

Walaupun hari cuti, mahu atau tidak terpaksa jugalah dia menapak ke hotel tempat dia bekerja. Lelaki itu meminta dia untuk ke sana.

"Nanti kak long nak balik, kak long telefon Lisa ya." Beritahu Melina sebelum keluar dari perut kereta yang dipandu oleh Melissa.

Saat kakinya menapak untuk masuk ke lobi, Megat Fitri dengan segaknya, berbaju t-shirt berkolar jenama Polo, memakai seluar jeans hitam dan mengenakan shades di wajahnya berjalan ke arahnya. Sangat kacak dan Melina pasti tetamu-tetamu hotel yang berada di situ turut terpegun sama seperti terpegunnya Melina saat ini.

"Melina!" panggil Megat Fitri sedikit kuat kerana sejak dari tadi Melina merenungnya tidak berkedip.

"Haaa...sorry Encik Megat. Ada apa?" seperti baru tersedar dari mimpi pula. Asyik sangat menatap Megat Fitri sehingga tidak sedar yang tuan punya badan sudah berdiri di depannya ketika ini.

"Kacak sangat ke I hari ini sampai you tenung I tak berkedip mata tu?"

Soalan Megat Fitri mengundang cebikan Melina. Bukan itu sahaja, sekali dengan pakej rolling eyes.

Megat Fitri ketawa-ketawa dengan reaksi Melina terhadap soalannya. Dia sudah agak yang Melina memang tidak akan memuji dia kacak.

"Encik Megat jangan perasan ya!" ujar Melina. Sedangkan dalam hatinya mengiakan soalan lelaki itu. Mana mungkin dia mengaku yang Megat Fitri kacak di hadapan tuan punya badan, nanti semakin perasan pula lelaki itu.

"Jom." Ajak Megat Fitri lalu melangkah menuruni tangga untuk menuju ke keretanya.

"Jom? Ke mana? Bukan ke kita nak jumpa di sini?" pelik Melina apabila Megat Fitri tiba-tiba saja mengajak dia yang dia sendiri tidak tahu ke mana.

"Ada I cakap macam tu ke? I cakap kita jumpa di sini sajakan?" Tidak jadi hendak melangkah ke keretanya. Tubuh dipusing mengadap Melina kembali.

"Oh, iya ke? Saya ingat Encik Megat nak bincang di sini," balas Melina. Rupa-rupanya lelaki ini sudah ada rancangan sendiri.

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now