NOTE BEFORE READING:
Hi, selamat membaca Kerana Terpaksa. Doakan semoga idea mencurah-curah untuk hezy sambung cerita ni. Mengharapkan sokongan anda untuk cerita Megat Fitri dan Melina. Terima kasih.
Vote. Comment. Share.
.
.
MELINA ingatkan dia mampu hidup dengan tenang selepas dua minggu Megat Fitri tidak mengacau dan mencarinya. Jika bertemu pun atas dasar kerja bukan peribadi. Tetapi hari ini Melina dikejutkan dengan sejambak bunga ros untuk dia. Dan juga kad yang bertulis. Tulisan tangan Megat Fitri.
Red roses for my beautiful Melina.
Happy working.
Your Man,
Megat Fitri.
Kalau ikutkan hatinya, Melina ingin campak saja bunga itu ke dalam tong sampah tetapi fikirkan yang bunga ros itu mahal, maka Melina batalkan saja niatnya itu. Membazir pula jika dibuang. Dan Melina biarkan saja bunga itu di atas meja kerjanya.
Ketika Melina hendak bangun sambil memegang beg tangannya, Megat Fitri terpacak di hadapan meja Melina. Terkejut wanita itu dengan kehadiran majikannya itu. Bila masa pula bosnya berdiri di situ?
"Jom kita lunch sekali." Ajak Megat Fitri. Mencuba nasib. Manalah tahu Melina lembut hati ke hari ini. Jika Melina tidak lembut hati pun Megat Fitri mahu makan tengah hari bersama Melina juga. Ingin membeli hati Melina.
"Maaf. Saya tak free untuk lunch dengan Encik Megat." Tolak Melina secara terangan walaupun dia berkias. Megat Fitri tetap faham.
"Kalau tak free, cuba adakan masa untuk I hari ni." Ujar Megat Fitri tidak mahu mengalah. Apa pun yang terjadi nanti, dia akan pastikan hari ini Melina makan tengah hari bersamanya.
"Tak kuasa saya nak melayan Encik Megat."
Dengan pantas Melina meninggalkan meja kerjanya dan juga Megat Fitri. Laju langkahnya menuju ke lift. Dan laju juga Megat Fitri mengejar langkah Melina. Nasib baik sempat Megat Fitri melangkah masuk ke dalam lift bersama dengan Melina.
"Jomlah kita lunch sama-sama." Sekali lagi Megat Fitri mencuba nasib. Berharap sangat yang Melina akan terima pelawaannya itu.
"Saya tak nak! Encik Megat tak faham ke?" balas Melina dengan geram. Mahu saja dia salotape kan mulut Megat Fitri ni. Bagi diam. Baru aman hidupnya.
"Please, Melina...I ikut saja di mana you nak lunch." Kali ini Megat Fitri merayu. Jatuh egonya tetapi demi mendapatkan Melina, apa saja dia sanggup lakukan.
Melina mengeluh. Ini yang dia tidak suka ni. Apabila seseorang merayu padanya, hati Melina jadi lembut. Mulalah Melina termakan dengan rayuan itu. Nasib baik hanya mereka berdua saja di dalam lift itu. Kalau ada yang lain, sudah pasti akan timbul gosip melihat Megat Fitri yang merayu sebegitu.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...