NOTE: Hi guys, maaf terlambat bersiaran kerana sibuk siapkan tugasan tadi. kejar deadline. Selamat membaca. Mungkin hezy akan berhenti update buat seketika sebab nak fokus pada study. next week ada kuiz.
Jangan lupa
VOTE. COMMENT. SHARE.
#########################
BUNYI ketukan pintu mengejutkan Melissa dan Thaqif yang berada di ruang tamu. Malah Melina dan Melika yang berada di dapur juga turut terkejut dengan ketukan yang bertalu-talu itu. Thaqif selaku satu-satunya lelaki yang berada dalam rumah itu, bangun dan melangkah ke arah tingkap untuk melihat siapa yang datang.
"Siapa Qif?" tanya Melina yang datang bersama senduk di tangan.
"Qif tak kenal tetapi lelaki. Tinggi, badan tegap ada jambang, ada misai dan yang penting kacak." Lurus Thaqif menjawab pertanyaan Melina.
"Qif! Elok-eloklah." Marah Melina. Baginya Thaqif main-main.
"Betullah apa yang Thaqif cakap. Serius ni." Balas Thaqif dengan nada yang serius.
Berkerut dahi Melina memikirkan siapa gerangan lelaki itu. Ada seorang saja lelaki yang ada dalam fikirannya ketika ini yang dapat dia gambarkan. Tetapi tidak mungkinlah.
"Melina! You ada di dalam kan?"
Tiba-tiba suara garau yang Melina kenali memanggilnya.
Encik Megat?
"Ha! Dia kenal kak longlah." Ujar Thaqif terkejut.
"Qif buka pintu dulu. Jemput Encik Megat masuk. Kak long nak pakai tudung." Suruh Melina sebelum dia berlalu dari situ. Adik-adik perempuannya sudah mencicit menyelamatkan diri sebelum Thaqif membuka pintu rumah mereka.
"Jemput masuk, Encik Megat." Thaqif mempelawa Megat Fitri dan juga seorang kanak-kanak kecil lelaki yang datang bersama Megat Fitri.
"Terima kasih. Melina ada?" soal Megat Fitri sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah kayu milik Melina sekeluarga. Kali kedua dia menjejakkan kaki ke sini selepas kejadian merisik tidak jadi itu.
"Ada. Sekejap lagi kak long keluar," jawab Thaqif dengan sopan. Tertanya pula siapakah gerangan lelaki yang berdiri di depannya ketika ini.
"Jemput duduk, Encik Megat. Maaflah, kalau tak selesa." Jemput Thaqif serba-salah. Lihat dari gaya pemakaian lelaki yang kak longnya panggil Encik Megat ini seperti orang kaya. Dan kereta di luar rumahnya ini, mewah. Kereta Porcshe.
"Tak perlu panggil Encik Megat. Panggil abang Fit atau abang long pun boleh." Mendalam maksud ayat Megat Fitri di hujungnya.
"Errr...baiklah, abang Fit." Sengih Thaqif. Terasa janggal pula.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...