BAB 25

305 37 2
                                    

SIDE NOTE: Maaf di atas kelewatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SIDE NOTE: Maaf di atas kelewatan. Siapa nak maki Megat Fitri, sila2. hahaha. Jahat betul MF ni. Kesian Mel.

Jangan lupa,

VOTE. COMMENT. SHARE.

30 vote pleasee to unlock next chapter.




******



PULANGNYA dari kampung pada keesokkan harinya, dia kembali ke rumahnya dulu dan terus masuk kerja. Ketika tiba di bangunan MF Tower, Melina perasan ada mata-mata yang memandang tetapi sengaja dia buat tidak nampak. Pelikkah dia masuk ke pejabat sendirian? Perlu ke dia masuk ke bangunan hotel bersama-sama Megat Fitri memandangkan mereka sudah sah bergelar suami isteri.

Tidak!

Tidak semestinya perlu ke tempat kerja bersama-sama walaupun tempat kerja mereka sama. Klise sangat!

"Hi pengantin baru!" tegur Syiqa sebaik saja Melina duduk di atas kerusi.

"Pengantin baru apanya, pengantin dah basi." Selamba Melina membalas kata-kata Syiqa. Suka betul wanita itu mengusiknya. Akhirnya dia masuk kerja selepas bercuti. Nasib baik demamnya sudah kebah dan tidak perlu dia menambah cuti lagi.

"Basi? Eh! Kau baru seminggu kahwin, mana ada basi," balas Syiqa. Seperti biasa meletakkan dagunya di atas kubikel yang menjadi penghadang meja Melina dengan meja di sebelah.

"Kira basilah tu." Balas Melina acuh tak acuh. Matanya dari tadi asyik memandang pintu General Manager. Ingin tahu sama ada sudah masuk atau belum.

Hatinya disapa perasaan risau sebenarnya kerana semalam Megat Fitri ada mesej dia. Sibuk bertanya di mana rumah keluarganya. Entah apa yang lelaki itu mahukan dari dia. Sengaja dia tidak membalas mesej tersebut.

"Kau tengok apa? Suami kau ke? Hai! Takkan tak jumpa sekejap dah rindu."

Usikan Syiqa hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri kerana hatinya tidak tenang saat ini. Orang buat salah memang macam ni. Lagi-lagi buat salah dengan suami sendiri.

"Shhh...diamlah kau. Kau tak ada kerja ke nak buat?" usir Melina secara halus. Tidak mahu Syiqa mengusiknya lagi. Hatinya sedang risau dan untuk melayan usikan Syiqa itu tiada mood.

"Amboi! Selepas kahwin dengan GM, sombong ya kau sekarang ni." Muncung Syiqa. Merajuk. Tetapi tidaklah terasa hati kerana dia sudah tahu perangai Melina macam mana.

Melina buat-buat tidak nampak kerana matanya asyik fokus pada pintu pejabat Megat Fitri yang tertutup rapat. Agak-agak lelaki itu sudah sampai atau tidak ya?

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now