NOTE: Hi, SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua. Harap tak terlambat lagilah untuk ucapkan selamat hari raya. hehehe. Dan selamat membaca bab 13. Bab 14 mungkin hujung bulan 5 kut sebab hezy sibuk sekarang ni.
Happy reading and thank you.
VOTE. COMMENT. SHARE.
#######
SUSUK tubuh yang sangat dia kenali dipandang berkali-kali untuk memastikan dia tidak tersalah orang. Lama dia memerhati kemesraan wanita itu dengan seorang lelaki. Berpegang tangan dan tersenyum mesra. Sakit hatinya ketika ini setelah mengetahui apabila orang yang dia sangkakan adalah betul.
Jadi itulah lelaki pilihan Melinda?
Nampak bergaya dan kacak tetapi dia lagi kacak. Tidak mahu kalah dengan lelaki yang Melinda kejar.
Baru sahaja kakinya ingin melangkah mendekati pasangan itu, langkahnya terhenti apabila muncul Melina di situ. Bukan sahaja Melina tetapi adik-adik perempuannya yang lain turut berada di situ. Tidak jadi dia hendak menyerang Melinda memandangkan kehadiran yang lain di situ. Dia juga masih mempunyai air muka dan dia tidak mahu Melina tahu tentang hal itu. Sukar untuknya mendekati Melina di kemudian hari.
Megat Fitri terus membawa langkahnya meninggalkan tempat tersebut. Hatinya bertambah sakit apabila tawa gembira Melinda dan lelaki tersebut. Terbakar perasaannya ketika itu.
Ketika Megat Fitri baru saja melangkah keluar dari ruangan tandas lelaki, dia terserempak dengan Melinda di laluan antara tandas lelaki dan wanita. Dia terkejut dan terpegun tetapi reaksi Melinda sebaliknya. Wanita itu tersenyum manis padanya. Ibarat tidak pernah berlaku apa-apa antara mereka sebelum ini.
"Hi, Fit." Tegur Melinda. Tidak sangka akan terjumpa lelaki itu di sini setelah mereka putus setahun yang lalu.
"Hi, Melinda. When are you coming back here?" balas Megat Fitri. Buat-buat terkejut sedangkan dia sudah melihat wanita itu sebelum ini. Tidak sangka akan terserempak dengan Melinda di sini setelah niatnya untuk menyerang wanita itu dilupakan tadi.
"Oh, dah 2 minggu I balik sini," ujar Melinda. "You sorang saja ke? Aunty Farah tak datang sekali?" ramah Melinda bertanya. Tiada apa yang sudah tersimpan antara mereka.
Dua minggu? Tetapi Melina tidak pernah memberitahu pun yang Melinda pulang ke Malaysia. Agaknya sengaja wanita itu merahsiakan tentang kepulangan Melinda.
"Seperti yang you nampak. I sorang saja. Masih bernafas dan bahagia di sini." Sinis Megat Fitri menjawab. Rasa sakit hati apabila mengingatkan Melinda meninggalkan dia kerana lelaki lain. Jelas sekali wanita itu sudah ada pengganti.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...