SIDE NOTE: Hi, saya bagi double update untuk kali ini. Mungkin saya akan take a break a bit utk fokus pd tesis. Insya-Allah saya akan update jika ada masa memandangkan bab 22 dah siap taip tapi saja tak nak update sbb nk pembaca suspen apa yang jadi pada dendam Fit selepas Melina tahu. hehehe.
Jangan lupa vote banyak2 untuk unlock next bab.
VOTE. COMMENT. SHARE.
######
USAI saja majlis tamat, Melina meminta diri untuk naik membersihkan diri. Badannya sudah melekit. Megat Fitri entah menghilang ke mana. Selepas suaminya memperkenalkan dia pada sepupu-sepapat lelaki itu, suaminya lesap. Dan Melina ditinggalkan sendirian di situ. Nasib baiklah ada kakak-kakak ipar dan adik iparnya bersama tadi. Tidaklah dia kekok.
Selesai mandi, Melina menunaikan solat isyak. Sebaik saja dia melipat telekung solat, pintu bilik tidur dibuka dari luar. Terpacul wajah Megat Fitri yang masih lagi berbaju Melayu warna peach.
"Awak ke mana tadi?" soal Melina sebaik saja Megat Fitri menutup pintu bilik tidur.
"Bukan urusan kau!" kasar Megat Fitri membalas. Dia berjalan melintasi Melina ke ruangan walk-in closet untuk menukar pakaian. Sedar akan keterlanjurannya tadi tetapi dia buat biasa-biasa sahaja walaupun dia tahu Melina perasan akan perubahan dirinya.
Berkerut dahi Melina dengan perubahan suaminya secara tiba-tiba. Tadi masih elok melayannya. Melina memandang gerak-geri Megat Fitri sebelum mengikuti langkah suaminya. Seakan tertekan. Tertekan kerana terpaksa menikahi diakah? Lama Melinda memandang Megat Fitri sebelum bersuara.
"Awak ada sorokkan sesuatu daripada saya?" sekadar bertanya walaupun Melina sudah tahu akan tujuan lelaki itu menikahi dia.
"Sorokkan apa? Mana ada sorokkan apa-apa?" lantas Megat Fitri berpusing membelakangi Melina. Buat-buat sibuk mencari baju tidur. Adakah Melina tahu sesuatu?
"Betul awak tak ada sorokkan sesuatu daripada saya?" soal Melina sekali lagi.
Dia masih memberi peluang kepada Megat Fitri untuk berterus-terang kerana ketika ini hatinya memang sudah hancur selepas mendengar pengakuan lelaki itu tadi walaupun dia tidak pasti dengan siapa Megat Fitri bercakap tadi.
"Kenapa? You, rasa I ada sorokkan sesuatu ke?" soalan dibalas soalan oleh Megat Fitri. Tajam matanya memandang Melina yang berdiri tidak jauh darinya sebelum dia berpusing membelakangi isterinya.
"Saya bagi awak untuk berterus-terang dengan saya sekarang, Fit." Ujar Melina sekali lagi. Masih lagi memberi peluang kepada suaminya untuk mengaku akan rahsia yang disorokkan oleh lelaki itu.
"Tak ada." Geleng Megat Fitri. Tidak mungkin Melina tahu akan tujuannya berkahwin dengan wanita itu.
"Tak ada ya? Jadi, apa tujuan awak berkahwin dengan saya?"
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...