BAB 27

336 48 5
                                    

SIDE NOTE: Nak bebel panjang sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SIDE NOTE: Nak bebel panjang sikit. hehe. Terima kasih semua bagi yang sudi baca KT. Kita jumpa tahun depan ya. Insya-Allah. Kalau rindu Megat Fitri dan Melina, mungkin boleh ulang baca sini. hihi. Dan kisah mereka masih lagi panjang untuk menemui jalan bahagia. Saya target 50 bab + Epilog. Seperti yang saya cakap sebelum ini, jika saya ada masa mungkin akan jadi novel dan Print On Demand. Jadi, sebelum terbit tu saya akan buat survey dulu ya. Jangan risau.

Doakan saya diberi idea melimpah ruah untuk terus berkarya.

Jangan lupa,

VOTE. COMMENT. SHARE.

Belanja 50 vote please...Thank you.




*****




SIBUK. Ya itulah yang boleh Melina gambarkan situasi sekarang di hotel milik keluarga mentuanya. Malam nanti merupakan majlis pelancaran produk dari Jepun. Dia juga tidak terkecuali. Tetapi tidaklah sesibuk Megat Fitri dan staf-staf hotel yang lain. Selesai tugasnya, Melina berlalu dari situ.

Sudah masuk waktu tengah hari. Jadi, dia perlu makan dan telan ubat jika tidak mahu sakit menyerangnya. Baru saja Melina hendak duduk di mejanya, Megat Fitri sudah muncul di depannya.

"Ya, ada apa Encik Megat?" soal Melina. Tidak jadi hendak membuka bekalan makanannya.

Ya! Walaupun sudah berkahwin dengan Megat Fitri, dia masih membawa bekal kerana dia malas hendak bersesak di restoran untuk makan. Dia lebih rela makan sendirian di pantry atau pun di meja kerjanya jika ada kerja yang perlu dia selesaikan.

"Kau bawa bekal?" soal Megat Fitri terkejut. Itulah, sibuk nak membenci Melina sampaikan isteri sendiri bawa bekal ke tempat kerja pun dia tidak tahu.

Dan memang Megat Fitri tidak tahu yang dia membawa bekal memandangkan suaminya tidak pernah ambil tahu apa yang dia lakukan setiap pagi sebelum bertolak ke tempat kerja dan mereka jarang bergerak ke hotel bersama-sama. Megat Fitri lebih suka bergerak awal ke hotel jika suaminya ada mesyuarat penting manakala dia akan menumpang bapa mentuanya untuk ke hotel. Itupun atas desakan Tan Sri Zubir sendiri.

Walaupun ibu mentuanya pernah persoalkan semua itu tetapi dengan penjelasan Megat Fitri, akhirnya ibu mentuanya diam dan tidak bersuara lagi. Dan dia pun lega. Berharap Puan Sri Farah tidak fikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Ya, Encik Megat. Kenapa?" soalan dibalas soalan. Matanya masih tunak memandang wajah suaminya yang kelihatan berkerut.

Kenapa? Pelik sangat ke dia bawa bekal. Sebelum dia berkahwin dengan lelaki itu pun dia memang selalu bawa bekal kerana dia mahu berjimat. Dan sekarang juga sama kerana dia masih ada adik-adik yang perlu ditanggung.

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now