BAB 4

315 24 0
                                    

NOTE: Sorry for being silent from updating my stories

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTE: Sorry for being silent from updating my stories.  I'm so busy since new semester will begin soon. and thank you for waiting patiently. I hope you guys enjoy this chapter. See you later. For latest update, friend with me on FB (Hezy Rose)

VOTE. COMMENT. SHARE.

.

.

DUA BULAN pemergiaan Melinda bermakna dua bulan juga Melina bekerja di hotel MF Tower. Melina suka bekerja di situ kerana gaji yang ditawarkan sangat lumayan dan cukup untuk menampung dia dan adik-adiknya yang masih lagi belajar tetapi yang Melina kurang selesa ialah Megat Fitri sering kali menganggunya. Membuatkan Melina berasa sangat rimas.

Hampir setiap hari Megat Fitri menganggu dia sehingga timbul gosip di ruangan arasnya bekerja. Malah ada mulut jahat mengatakan bahawa dia sengaja menggoda Megat Fitri. Dan Melina hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu melayan kata-kata yang menyakitkan hatinya.

"Awak nak apa, Encik Megat?" soal Melina mula rimas dengan gangguan majikannya.

"I nak you." Balas Megat Fitri selamba.

"Jangan nak merapu boleh tak." Marah Melina. Tidak suka dipermainkan oleh lelaki itu.

"Mana ada I merapu. I cakap benda yang betul." Megat Fitri mempertahankan dirinya. Sebenarnya ada agenda tersembunyi yang dia rancang.

"Sudahlah Encik Megat. Jangan ganggu saya. Saya tak ganggu Encik Megat pun." Separuh merayu Melina meminta Megat Fitri untuk tidak terus menganggunya.

"Siapa cakap you tak ganggu I? Sekarang ni pun you ganggu hidup I,"ujar Megat Fitri. Tidak mahu mengalah. Dan dia tidak akan kalah!

"Jangan mengarut!" marah Melina lagi. Dia tidak suka dipermainkan oleh lelaki. Lagi-lagi majikannya.

"Yalah. You ganggu hidup I siang dan malam. You buat I teringatkan you selalu. Tak lena I tidur tiap-tiap malam tau."

Kata-kata Megat Fitri yang keluar dari mulutnya itu sangat manis. Hampir membuatkan Melina jatuh dengan kata-kata itu tetapi dikentalkan hatinya. Tetapi Melina tidak percaya. Tidak mungkin Megat Fitri sudah mampu lupakan Melinda.

"Itu salah Encik Megatlah yang teringatkan saya. Tidak pernah terniat pun di hati saya untuk hadir dalam hidup Encik Megat."

Dengan beraninya Melina membalasnya. Dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki di depannya ini. Cukuplah hubungan sebagai majikannya. Lagipun Megat Fitri bekas kekasih adiknya. Melina tidak mahu menjadi buah mulut orang nanti.

"Itu kata you tapi kata I you sengaja menganggu hidup I sehingga I rasa tak aman dan rindu bila tak menatap wajah you."

Oh! Kata-kata Megat Fitri sungguh manis tetapi sukar untuk Melina percayai.

"Sudahlah, Encik Megat. Encik Megat tak malu ke staff-staff encik tengok? Saya malu tahu tak? Mereka kata saya sengaja goda Encik Megat tetapi hakikatnya saya rimas dengan gangguan Encik Megat."

Ujar Melina. Penat kerja tidak sepenat dia melayan Megat Fitri.

"Biarlah apa yang orang nak kata. I tak kisah." Megat Fitri masih lagi tidak mengalah dalam menggoda Melina. Barangkali Megat Fitri fikir yang Melina senang jatuh hati padanya.

"Tapi saya kisah. Saya tak nak orang pandang serong pada diri saya." Geram Melina dengan Megat Fitri yang tidak faham bahasa Melayu. Tidak tahu macam mana lagi Melina hendak jelaskan pada Megat Fitri.

"Kalau you kisah, terimalah I." Megat Fitri senyum senget pada Melina. Lebih kepada mencabar wanita itu.

"Saya tak nak! Kita tak setaraf!" tekan Melina. Sengaja dia memberi alasan itu supaya Megat Fitri berhenti menganggunya.

"Soal itu you tak perlu risau. I tak pandang semua tu. I cuma nak you saja." Beritahu Megat Fitri. Jika dia kisah akan status dan darjat, pasti dia tidak bercinta dengan Melinda.

Ah! Nama Melinda buat hatinya semakin sakit dan dendamnya pada wanita itu semakin membara. Tidak dapat balas pada Melinda, Melina pun tidak mengapa kerana wajah mereka lebih kurang.

"Tapi saya kisah. Saya tak sesuai untuk berganding dengan Encik Megat. Saya harap Encik Megat faham." Tegas Melina. Lantas, tanpa pamitan, Melina meninggalkan Megat Fitri di situ sendirian. Sudah penat melayan lelaki itu.

Tercengang Megat Fitri dengan tindakan Melina itu. Belum pernah lagi mana-mana wanita meninggalkan dia sendirian begini. Tak mengapa. Lain hari dia cuba lagi. Manalah tahu hati Melina semakin lembut ke.

Kalau masih keras, dia akan gunakan orang tengah untuk membuat Melina setuju menerimanya.

Itu tekadnya!


PS: 10 votes to unlock next chapter. Thank you.


Tulusly,

Hezy Rose.

Hezy Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now