BAB 34

520 41 12
                                    

NOTE: Hi semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTE: Hi semua. Maaf buat kalian tertunggu. Baru siap taip bab 34. Fresh dari oven dan maaf jika ada typo. Nanti tinggalkan komen ya jika anda terjumpa typo. hehe. Enjoy bab 34 kerana bab 35 pasti menyakitkan hati dengan perangai Megat Fitri. huhu. Apa2 pun, happy reading.

Jangan lupa VOTE. COMMENT. SHARE.

35 vote to unlock next chapter. Thank you.


*****


PULAU LANGKAWI. Sudah lama Melina tidak jejaki kaki di sini. Kali terakhir dia ke sini sewaktu kedua orang tuanya masih ada. Hari ini dia kembali ke sini lagi. Melihat keadaan sekeliling resort mewah ini, terasa kerdil dirinya. Rasa macam tidak layak bergandingan dengan Megat Fitri dan berada dalam kalangan ahli keluarga mentuanya. Jika dia bercuti ke sini, tidak mampu untuknya bermalam di resort ini. Agaknya berapalah ya habis untuk semua ini?

"Fit, bawa Mel berehat dalam bilik dulu. Lagipun aktiviti mula lepas Asarkan." Suruh Puan Sri Farah kerana tidak mahu menantunya letih. Melihat wajah ceria Melina, dia yakin yang menantunya bahagia dan sihat.

"Baik, ibu." Akur Megat Fitri. Dia memandang Melina yang ralit memerhati sekeliling hotel. Mungkin ini kali pertama isterinya sampai ke hotel milik keluarganya. Melihat wajah isterinya yang gembira itu, Megat Fitri tidak sampai hendak merosakkan kegembiran Melina. Entah mengapa, dia tidak sanggup untuk melihat air mata wanita yang dia benci ini jatuh.

Ketika ini, masing-masing bebas dengan aktiviti sendiri. Acara akan bermula pada jam 5 petang. Tanpa membuang masa, Megat Fitri mengajak isterinya naik ke bilik hotel untuk berehat.

"Jom, Mel." Megat Fitri bingkas bangun dari duduknya. Beg laptopnya turut diangkut bersama memandangkan ada kerja yang perlu disiapkan segera.

"Mel masuk ke dalam bilik dulu ya, ibu." Melina meminta diri untuk berlalu pergi dari situ. Tidak elok rasanya pergi begitu saja tanpa berpamitan dengan ibu mentuanya yang masih lagi berada di situ.

"Okey. Kalau Mel lapar, bagitahu pada Fit. Jangan bagi perut kosong. Nanti jatuh sakit lagi. Ibu tak nak Mel masuk hospital lagi." Puan Sri Farah menitip pesanan buat menantunya. Dia sangat risaukan keadaan menantunya ketika ini. Risau jika keadaan Melina semakin teruk. Dia dan suaminya berusaha mencari penderma hati Melina namun masih belum ada lagi.

"Baik, ibu. Ibu jangan risau. Mel akan jaga diri baik-baik," senyum Melina. Terharu dengan keprihatinan ibu mentuanya. Megat Fitri tidak pernah melayan dia sebaik ini. Yang suaminya tahu, tinggikan suara, bercakap kasar dan marah.

Puan Sri Farah menghantar langkah anak menantunya dengan pandangan mata dan berdoa semoga hubungan Megat Fitri dan Melina baik-baik saja. Hatinya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan hubungan anak menantunya. Walaupun matanya hanya melihat kemesraan yang terpapar ketika mereka berdua berada di depan matanya, namun firasat seorang ibu tidak dapat menafikan yang hubungan tersebut seperti ada masalah. Cuma buat masa sekarang, dia tidak mahu masuk campur. Biar Megat Fitri dan Melina selesaikan sendiri. Jika perlu, barulah dia akan menasihati pasangan itu.

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now