NOTE: Hi, maaf buat kalian tertunggu lama. Idea stuck untuk cerita ni. Apa2 pun terima kasih masih setia menunggu. hehe.
Happy reading.
Jangan lupa VOTE dan KOMEN.
****
ENTAH apa tujuan wanita itu mengajaknya berjumpa di sini. Iaitu di Pavillion. Sudahlah masuk pula restoran mahal. Dia mana ada duit banyak untuk bayar makanan di sini. Kalau ada pun, dia rela simpan duit tersebut daripada membazir habiskan duit pada makanan yang harganya boleh menampung makan tengah harinya selama tiga hari.
Melina mengacau jus mangga yang berharga RM25 segelas. Entah apa yang mahal sangat. Padahal rasa mangga jer.
"So, youlah Melina ya?" soal wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Aliana kepada Melina.
"Ya, saya." Angguk Melina. Orang tanya, dia jawab.
"Ada apa ya cik hendak jumpa saya?" soal Melina kurang selesa dengan pandangan Aliana yang memandangnya cukup sinis dan seperti dia manusia yang jijik.
"Berapa lama you kenal dengan Fitri?" soalan dibalas dengan soalan oleh Aliana.
"Err...dalam satu tahun lebih juga." Jawab Melina walaupun dia pelik mengapa Aliana bertanya akan soalan tersebut.
"Tak lama mana pun," ujar Aliana sambil mencebik bibirnya.
"I nak you tinggalkan Fitri. I sanggup bayar berapa pun you mahu," tenang Aliana menuturkan kata-kata itu tanpa rasa bersalah.
Melina terkejut dengan permintaan dengan wanita yang duduk di depannya sekarang ini. Apa hubungan wanita ini dengan Megat Fitri? Adakah ini wanita yang pernah dia lihat dengan Megat Fitri tempoh hari?
"Beginilah Cik Aliana. Saya tak suka kita bergaduh kerana berebutkan seorang lelaki. Saya tak perlukan duit cik untuk tinggalkan dia. Malah, cik tak perlu nak minta saya tinggalkan Megat Fitri kerana yang pasti dia akan tinggalkan saya tak lama lagi. Jadi, cik tunggu sajalah waktu itu akan tiba."
Tutur Melina dengan tenang pada luarannya tetapi dalamannya sangat sakit. Sakit apabila ada wanita lain senang-senang saja meminta dia meninggalkan Megat Fitri, suami yang dia cinta walaupun suaminya tidak pernah mencintainya.
Tidak perlu dia nyatakan kepada Aliana kenapa Megat Fitri akan tinggalkan dia tetapi cukuplah wanita itu tahu yang dia bukan saingan untuk mendapatkan Megat Fitri.
"Really? I dah agak. Tak mungkin Fitri akan cinta dan setia dengan wanita low class macam you ni." Ketawa Aliana sangat menyakitkan hati Melina tetapi disabarkan hatinya. Dikawal rasa amarahnya.
"Ada apa-apa lagi Cik Aliana? Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu. Saya perlu balik." Ujar Melina. Berura-ura untuk meninggalkan tempat yang menyesakkan hatinya ketika ini. Air mata ditahan sebaik mungkin agar tidak tumpah.
"Sebelum you pergi, I ada sesuatu nak tunjukkan pada you."
Dihulurkan sampul surat yang berwarna coklat kepada Melina dengan senyuman sinis.
"Apa ini?" soal Melina. Hatinya rasa tidak sedap.
"Bukalah. You akan tahu nanti."
Tanpa banyak soal, Melina membuka sampul surat tersebut. Isi di dalam ditarik keluar dan sebaik saja dia melihat gambar-gambar yang sangat mengaibkan, Melina terkedu dan terpegun. Mulutnya tiba-tiba bisu.
Terkejut dengan apa yang dia lihat ketika ini.
"So, I rasa tak perlu kut you tunggu Fitri tinggalkan you. Malah you akan tinggalkan dia dulu." Ujar Aliana dengan sinis. Berpuas hati dengan perubahan wajah Melina. Itu yang dia mahukan. Jelas sekali wanita itu terkesan selepas melihat gambar tersebut.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...