BAB 8

294 18 4
                                    

NOTE: Hi, lama tak update KT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTE: Hi, lama tak update KT. Selamat membaca. Maaf kalau bab kali ni pendek. Hezy sibuk sebenarnya. tak ada masa nk menulis. Harap bab ni terubatlah rindu dgn M. Fitri dan Melina ya.

VOTE. COMMENT. SHARE.


######################


NGERI!

Ya! Sangat ngeri mimpi semalam. Ada ke patut dia bermimpi berkahwin dengan Megat Fitri. Huh! Sangat mengarut. Ini semua gara-gara terlalu fikirkan Megat Fitri ke rumahnya untuk makan malam. Dan nasib baik hanya mimpi. Jika betul, ahhhh...malas hendak fikir. Buat sakit kepala saja.

"You kenapa Melina? Sakit kepala?"

Hampir saja Melina melatah dengan sergahan suara yang sangat dia kenal. Baru saja terfikir tadi, tuan punya badan sudah berdiri di depan mejanya.

Dahsyat betul!

Ada telepatikah lelaki itu?

"Tak. Saya baik-baik saja." Balas Melina dan meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan kehadiran Megat Fitri di situ. Baru saja dia ingin hidup tanpa gangguan Megat Fitri, tiba-tiba lelaki itu muncul di hadapannya. Terus teringat akan mimpi semalam.

Ah! Kacau!

"Betul ke? I tengok you macam sakit kepala jer. Tu picit kepala kenapa?"

Cepat-cepat Melina menjatuhkan tangannya yang sedang memicit dahi. Memang tabiat dia jika fikirkan sesuatu, pasti jari-jemarinya akan memicit dahinya sambil membuat kerja.

"Betul, Encik Megat. Saya okey."

Sibuk saja lelaki di depannya ini. Sehari tak kacau dia tak boleh ke? Terasa rimas pula dengan kehadiran Megat Fitri ketika ini.

"Okey. I nak ajak you keluar makan tengah hari. Jom."

Melina menarik nafas sebelum berbicara.

"Maaf, Encik Megat. Hari ini saya bawa bekal."

Lebih kepada alasan kerana tidak mahu lelaki itu mendesaknya untuk keluar makan bersama. Ada saja ajakan makan tengah hari dari Megat Fitri. Tidak fahamkah lelaki itu yang dia tidak selesa keluar bersama.

"Bawa bekal? Kalau macam tu I minta you sediakan bekal untuk I sekali."

Amboi! Sesuka hati dia nak minta sediakan bekal. Kita bukan suami isteri ya, Megat Fitri.

"Kenapa saya pula nak kena sediakan bekal untuk Encik Megat. Maid Encik Megatkan ada. Suruhlah dia sediakan."

Lantang mulut Melina membangkang. Tidak mahu Megat Fitri mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Megat Fitri menundukkan sedikit badannya mendekati wajah Melina dengan kedua-dua tangannya berpaut pada meja kerja Melina. Dan berbisik di depan wajah Melina. Seakan ingin menggoda Melina ketika itu.

"Kenapa? Sebab you bakal isteri I."

Kenyitan mata dari Megat Fitri membuat Melina terpaku. Jiwanya kacau ketika itu. Tindakan berani Megat Fitri yang dia sendiri tidak jangka, menjadikan Melina patung.

Tergoda?

Hampir!

Jatuh hati?

Jangan Melina! Kelak hati sendiri merana.

Cepat-cepat Melina tersedar dan kembali ke alam nyata. Tidak mahu termasuk ke dalam jerat cinta Megat Fitri.

"Encik Megat jangan nak merapu. Saya tak berminat nak jadi bakal isteri Encik Megat. Sila cari perempuan lain."

Merah muka Melina menahan marah dan malu dengan tindakan berani Megat Fitri tadi. Tidak pasal-pasal nanti timbul gosip pula. Bukan dia tidak tahu yang di pejabat banyak mata-mata.

Ketawa Megat Fitri dengan balasan Melina. Suka pula melihat wanita di hadapannya ini malu-malu.

"Betul tak berminat? I bukan tak cari perempuan lain tetapi hati I ni berkenan dengan you saja."

Melina menarik nafas. Bersabar dalam melayan kerenah encik bos yang tidak tahu malu walaupun telah ditolak.

"Bukan ke tadi Encik Megat nak pergi makan tengah hari ke? Silalah pergi sekarang. Saya nak makan ni. Banyak lagi kerja yang tak siap."

Bersahaja Melina menghalau Megat Fitri. Biar encik bos reti bahasa sikit yang dia tidak mahu diganggu sekarang ini.

"You halau I?" soal Megat Fitri tidak percaya. Berani Melina halau dia dari sini.

"Ya. Sebab encik menganggu masa rehat saya."

Melihat anggukan Melina membuat Megat Fitri panas hati tetapi ditahan saja. Geram pun ada. Berani betul Melina menghalau dia.

Tanpa pamitan, Megat Fitri berlalu dari situ dengan hati yang sebal. Sakit hati kerana Melina menghalau dia dari situ. Nampak sangat Melina tidak sukakan dia. Tidak mengapa, nanti dia akan buat Melina jatuh tersungkur di depannya.

Tunggu saja nanti!


Tulusly,

Hezy Rose.

Hezy Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now