BAB 19 - BAHAGIAN I

266 16 4
                                    

SIDE NOTE: Hi, lama saya menyepi daripada update kisah Megat Fitri dan Melina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SIDE NOTE: Hi, lama saya menyepi daripada update kisah Megat Fitri dan Melina. Maaf sebab ambil masa yang lama sebab sekarang ni saya sangat sibuk. Banyak cerita yang tergendala. Jadi malam ini selamat berdating dgn MF dan Mel. Bahagian 2 mungkin saya akan update dalam masa yang terdekat jika tidak sibuk. Jangan lupa untuk vote kalau nak bahagian 2.

Happy reading.

Vote. Comment. Share.



#######

PERSIAPAN perkahwinan diserahkan seratus-peratus kepada Puan Sri Farah memandangkan wanita itu menawarkan diri untuk menguruskan majlis tersebut. Hanya satu majlis diadakan dan majlis tersebut mewakili kedua-dua belah pihak. Majlis pernikahan diadakan pada waktu pagi di masjid Wilayah Persekutuan dan majlis persandingan pula akan berlangsung sebelah malam di MF Tower Hotel, Kuala Lumpur.

Melina cantik mengenakan busana pengantin berwarna putih yang direka khas oleh pereka fesyen Rico Rinaldi. Dia duduk bersimpuh di dalam masjid dan di sisinya ada Melissa dan Puan Sri Farah. Manakala Melika duduk di sebelah Melissa. Melinda tidak dapat pulang kerana suami adiknya tidak dapat cuti dan Melinda juga ada pertunjukkan fesyen di sana.

Sejak dari tadi Melina hanya tunduk memandang bunga di tangan. Seketika tadi, ketika matanya beradu dengan Megat Fitri, tajam pandangan mata lelaki itu merenungnya sehingga menghadirkan rasa gugup dan jantungnya berdegup kencang. Dan kerana itulah dia rela hanya memandang bunga di tangan. Tidak sanggup bertentang mata dengan bakal suaminya.

Adiknya, Thaqif menjadi walinya memandangkan adik arwah ayahnya juga sudah meninggal dunia dan hanya adik lelaki satu-satunya yang dia ada sebagai wali. Thaqif tenang duduk berhadapan dengan Megat Fitri.

Manakala Megat Fitri pula cuba menenangkan dirinya. Risau tidak dapat menyebut nama Melina dengan betul walaupun nama wanita itu senang untuk dituturkan. Harapnya sekali lafaz sahaja.

"Pengantin lelaki dan pengantin perempuan sudah bersedia?" soal imam yang bertugas pada hari tersebut dan bakal menikahkan Megat Fitri dan Melina.

"Ya." Jawab Megat Fitri menganggukkan kepala menandakan dia sudah bersedia untuk berjabat tangan dengan Thaqif.

Manakala Melina hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda dia sudah bersedia.

Khutbah nikah dimulakan sebelum akad nikah. Megat Fitri tekun mendengar khutbah nikah yang disampaikan oleh imam tersebut. Meresap satu perasaan dalam hatinya untuk melindungi Melina walau tujuan asalnya untuk menikahi Melina kerana dendam. Hatinya rasa bersalah dengan tujuannya sebelum ini.

"Kita mulakan ya," ujar imam tersebut.

"Megat Fitri bin Megat Zubir."

Sebut imam selepas khutbah nikah selesai sebentar tadi.

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now