BAB 16

273 21 0
                                    

NOTE: Hi, selamat berdating dengan MF dan Melina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTE: Hi, selamat berdating dengan MF dan Melina. Happy reading. Malas nak membebel panjang2 sebab nak sambung menaip MF dan Melina. hehehe. Okey, dah nampak bayang konflik tapi bayang ending belum lagi. Harap bersabar ya.


VOTE. COMMENT. SHARE.


#######


PESANAN ringkas dari Puan Sri Farah melalui aplikasi whatsapp dibaca berkali-kali untuk memastikan yang dia tidak salah baca dan Puan Sri Farah menghantar pada orang yang betul. Manalah tahu wanita itu tersilap hantar whatsapp ke? Tidak mungkin salah hantar kerana pada awal mesej tersebut, nama dia yang tertera di situ.

Melina, nanti aunty nak jumpa Melina.

Pemandu aunty akan ambil Melina di rumah.

Sejak dari tadi jari-jemarinya menekan skrin tetapi mesej masih tidak berbalas kerana dia tidak tahu hendak membalas apa. Dia masih belum memberi persetujuan lagi tentang lamaran yang diutarakan oleh Megat Fitri tempoh hari. Malah dia meminta masa daripada lelaki itu.

Baiklah aunty.

Hanya itu yang Melina mampu balas. Akhirnya dia membalas pesanan whatsapp tersebut. Hatinya berat untuk berjumpa dengan Puan Sri Farah tetapi kerana hormatkan wanita itu, dia menerima ajakan Puan Sri Farah.

Melina mula bersiap. Dia memilih blouse yang berwarna nude, dipandankan dengan seluar jeans dan dia mengenakan bawal shawl. Ringkas sahaja kerana dia tidak pandai bergaya seperti adik-beradiknya yang lain.

Sementara menanti pemandu Puan Sri Farah tiba, Melina duduk memikirkan tentang lamaran Megat Fitri tempoh hari. Dia masih buntu dan tidak tahu keputusan apa yang perlu dia berikan pada lelaki itu. Sangat sukar untuknya membuat keputusan.

Dan semalam dia ada berbual dengan Melinda melalui skype. Teringat akan reaksi Melinda sebaik saja dia memberitahu perkara tersebut dan Melinda sangat-sangat terkejut.

"Apa? Megat Fitri lamar kak long? Gila ke lelaki tu?" komen Melinda walaupun dia sangat terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Melina. Tidak sangka lelaki itu meneruskan perancangan untuk membalas dendam.

"Tak baik Lin cakap macam itu. Dia pun manusia biasa." Balas Melina. Sedangkan sebelum ini dia pun selamba mengata Megat Fitri 'gila' sewaktu lelaki itu melamarnya tempoh hari.

"Kak long ada hati dan perasaan ke pada dia?" soalan yang tidak terjangka dari Melinda sangatlah sukar untuk Melina jawab. Tipulah jika dia mengatakan yang dia tidak pernah suka akan Megat Fitri. Lagi-lagi layanan lelaki itu terhadapnya.

Dan Megat Fitri juga berusaha untuk mengambil hatinya sepanjang dia bekerja di situ. Tidak pernah lelaki itu melayannya kasar dan marah-marah.

"Tak adalah." Nafi Melina sedangkan hatinya membisikkan jawapan yang berbeza dengan mulut.

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now