BAB 24

301 30 2
                                    

SIDE NOTE: Sorry bab kali ini agak pendek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SIDE NOTE: Sorry bab kali ini agak pendek. Happy reading.

Jangan lupa,

VOTE. COMMENT. SHARE.

30 vote to unlock next chapter.



####

MELINA terpisat-pisat bangun apabila terdengar telefonnya berdering beberapa kali. Seperti dalam mimpi pada mulanya sebelum dia sedar sepenuhnya. Lantas dia bangun dan bersandar di kepala katil. Mengambil telefonnya yang terletak di sisi bantal tidur.

Megat Fitri!

Terpampang nama itu pada skrin telefonnya. Tidak lama kemudian muncul pesanan whatsapp pada skrin tersebut.

Kau di mana?

Bukankah tadi dia sudah memaklumkan kepada lelaki itu yang dia akan bermalam bersama Melissa. Sudah lupakah lelaki itu?

Baru saja Melina hendak membalas pesanan whatsapp dari Megat Fitri, nama lelaki itu sekali lagi terpapar di skrin telefon miliknya. Melina melepaskan keluhan perlahan sebelum menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum." Salam dihulurkan buat si suami yang tidak pernah menganggapnya sebagai seorang isteri.

"Waalaikumussalam. Kau di mana?" soal Megat Fitri dengan kasar selepas menjawab salam Melina.

"Di rumahlah. Tadikan saya dah bagitahu awak yang saya bermalam di rumah saya. Temankan Melissa."

"Rumah mana? Kau jangan nak tipu aku. Aku pergi rumah kau, kau tak ada di sana." Tekan Megat Fitri menahan marah. Marah dengan Melina kerana menipunya. Dia paling pantang orang menipu.

Nasib baik tadi sewaktu dia menapak ke rumah tersebut tiada sesiapa. Kalau tak, mahunya dia menjawab dengan adik iparnya, Thaqif dan Melika.

Mampus! Nak jawab apa ni?

Tidak sangka yang Megat Fitri akan mencarinya. Aduh! Masalah betul!

"Melina!" panggil Megat Fitri selepas isterinya membisu di dalam talian.

"Ya." Jawab Melina takut-takut. "Errr...saya ada di rumah kami di kampung. Melissa ada temankan saya." Jujur Melina. Cuma dia tidak memberitahu lokasi rumah tersebut. Tidak mahu lelaki itu tahu rumah peninggalan arwah ayah dan ibunya.

"Lain kali beritahu awal-awal. Tak adalah aku mencari kau macam orang gila!" marah Megat Fitri dihujung talian. Geram dan sakit hati dengan isterinya. Sengaja hendak membuat dia risau.

Eh! Risau? Kenapa dia perlu risaukan Melina.

Biarlah dia nak ke mana sekalipun.

"Maafkan saya." Melina tahu salahnya. Jadi dia meminta maaf dan berharap suaminya tidak marahkan dia.

"Suka hati kaulah. Lain kali sakit, jangan susahkan aku lagi."

Tutur Megat Fitri sebelum menamatkan panggilan tersebut tanpa sempat Melina membalas apa-apa.

Melina menangis teresak-esak sambil memandang skrin telefon yang kosong itu. Kata-kata Megat Fitri itu sangat tajam. Mengores hatinya.

"Kejamnya awak, Fitri!"

"Saya benci awak!"


#####



MEGAT FITRI memandang skrin telefon pintarnya yang gelap itu. Tiba-tiba rasa bersalah dengan Melina. Tujuan dia telefon isterinya hendak bertanya di mana wanita itu berada dan ingin menjejaki isterinya kerana dia risau memandangkan Melina baru saja keluar hospital. Dia fikir Melina sudah pulang ke rumah selepas discharge tadi. Rupa-rupanya tiada.

Dia tidak tahu di mana Melina berada ketika ini. Entah mengapa, hatinya jadi panas ketika Melina memberitahunya yang wanita itu ada di kampung ketika ini. Dan dia tidak tahu di mana terletaknya kampung Melina.

Ah, kenapa perlu wujudnya perasaan ini?

Tujuan dia berkahwin dengan Melina untuk membalas dendam. Menyakiti hati wanita itu dan membuat wanita itu menderita. Namun kenapa hatinya yang rasa sakit? Malah dia rasa susah hati kerana tidak tahu di mana Melina berada ketika ini.

Bebelan ibunya sebentar tadi ibarat angin yang lalu kerana fikirannya asyik memikirkan keberadaan isterinya itu. Berkali-kali dia cuba menghubungi isterinya namun tidak dijawab sehinggalah tadi Melina menjawab panggilannya. Perasaan lega muncul selepas mengetahui yang Melina ada bersama dengan Melissa tetapi hanya seketika sahaja selepas mengetahui isterinya berada di kampung.

"Whatyou have done to me, Melina?"


Tulusly,

Hezy Rose.

Hezy Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now