Z U F R A N 1

13.2K 481 8
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


"Lyssa baru balik?pergi mana tadi" tanya puan sri Aleena sebaik sahaja melihat tubuh Naura Melyssa masuk ke dalam rumah

"Lyssa pergi mall tadi shopping sikit" jawabnya sambil menunjukkan kedua belah tangannya yang sarat dengan beg beg kertas yang berjenama

"bukan minggu lepas kamu dah shopping ke? takkan shopping lagi" puan sri Aleena mengelenggkan kepala melihat perangai anak tunggalnya.

"alaa mummy kebetulan hari ni ada sales tu yang Lyssa pergi btw Lyssa ada belikan untuk mummy juga" cepat cepat dia meletakkan semua beg kertas di atas lantai dan mencari barang yang dia belikan untuk mummynya tadi

"ha jumpa pon" dia berjalan ke arah puan sri Aleena dan menyerahkan beg kertas jenama coach

"ni handbag baru untuk mummy Lyssa berkenan tadi tapi nampak macam tak sesuai untuk Lyssa tu yang Lyssa belikan untuk mummy" puan sri Aleena menyambut beg kertas dari tangan anaknya.

"Lyssa tahu kan beg tangan mummy yang Lyssa belikan banyak lagi yang belum pakai kenapa belikan lagi" dia tak suka sikap anaknya yang satu ini, suka membazir

"tak apa tambahkan lagi koleksi beg mummy tu, Lyssa naik dulu nak mandi badan dah melekit" sebelum naik sempat dia mencium pipi puan sri Aleena dan membawa semua barang yang di beli tadi naik ke atas

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


"Ha Haris macam mana dengan orang yang datang tengok kambing tadi jadi tak dia beli?" Hj Zulkifli menyoal anaknya sewaktu mereka sekeluarga sedang makan

"alhamdullilah ayah, dia beli 3 ekor kambing untuk kenduri nanti" jawab Haris Zufran

"alhamdulillah" ucap hj Zulkifli

"Haris tadi makcik Fatima datang tanya pasal kamu" Haris membuat muka pelik

"kenapa umi?" puan Summayah melepaskan keluhan sebelum memulakan cerita

"macam ni kamu tahu kan makcik Fatimah ada anak perempuan yang baru balik dari Jordan, dia berkenan nak jadikan kamu menantu dia" kali ini Haris pula yang melepaskan keluhan perlahan

"umi tahu kan jawapan Haris" jawapannya mesti sama setiap kali puan Summayah membangkitkan hal seperti ini

"kamu tak nak cuba dulu ke Haris kenal kenal dengan anak makcik Fatimah tu?" tanya puan Summayah,

kadang kadang dia risau bila bercakap soal perempuan pasti anak lelakinya tidak menunjukkan sebarang minat

"entah la umi biar lah masa yang tentukan, jangan risau umi kalau ada jodoh kahwin la Haris" jawabnya mudah

"tapi..." belum sempat puan Summayah nak bersuara hj Zulkifli sudah memotong percakapan isterinya

"dah la biar kan Harris buat keputusan dia sendiri, awak jangan la paksa dia" tegur hj Zulkifli

Hanis Zulaikha yang dari tadi diam juga turut bersetuju dengan ayahnya,

dia kesian dengan abangnya tak habis habis ditanya soal jodoh oleh umi

"yela abang tapi Harris jangan la memilih sangat, umi ni dah lanjut usia kalau boleh sebelum umi tutup mata umi nak sangat tengok kamu beristeri" puan Summayah mengeluarkan kata kata berbaur kesedihan

"insyallah umi jangan lah cakap macam tu serba salah Harris"

"dah dah jangan nak menangis depan rezeki, makan" kata hj Zulkifli.

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now