Z U F R A N 1 8

10K 401 19
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


Maisarah rasa sunyi sejak Melyssa  pindah ke kampung, tak ada orang nak teman dia makan tengah hari.

Kebiasaannya Melyssa akan datang ke butik untuk mengajaknya makan tengah hari tapi sekarang dia makan sendiri.

Maisarah tak sedar dia mengeluh agak kuat di dalam restoran itu,

"kuat betul awak mengeluh" seseorang menegur buatkan Maisarah tersedar, dia menoleh ke sebelah kirinya

"ehh Nubhan,macam mana awak boleh ada dekat sini?" Nubhan tersenyum, dia duduk semeja dengan Maisarah tanpa di pelawa

"saya ada pergi satu tempat tadi kebetulan dekat dekat sini je, tu yang saya singgah nak makan tengah hari" jawab Nubhan

"ehh saya ni main duduk je, boleh ke saya join awak lunch?" dah duduk baru nak tanya

"kalau saya cakap tak boleh, awak dah duduk pun" Maisarah sambung makan

"tak apa lah kalau awak tak sudi nak duduk dengan saya" Nubhan yang berura ura untuk bangun ditahan oleh suara Maisarah

"ehh saya bergurau je la, tak tahu pula awak ni sensitif" Nubhan kembali duduk, dia tersenyum melihat gelagat Maisarah yang agak gelabah menahan dia

"saya saja nak tengok reaksi awak, mana tahu awak tak tahan saya bangun" dia menyandarkan badan pada kerusi

"saya ni tak la kejam sangat lagipun saya terhutang budi dengan awak masa dekat mall haritu" Maisarah tak akan lupa pertolongan Nubhan padanya.

"apa je yang saya buat, setakat pertahankan awak dari bekas tunang awak tu, hal kecil je" dia tak buat pengorbanan yang besar pun

"itu kata awak tapi besar maknanya pada saya. Dah la apa kata awak panggil waiter order makanan, saya belanja awak sebagai balasan untuk pertolongan haritu" pelawa Maisarah

"tak apa lah lagipun saya tak biasa kalau perempuan belanja makan, saya buat semua ikhlas" Nubhan menolak pelawaannya.

Maisarah diam, pada mulanya perangai Nubhan agak menjengkelkan tapi bila dah lama berbual dia rasa Nubhan lain daripada yang lain,

jika lelaki lain datang berkenalan dengannya ayat mesti manis potong kaki. Maisarah rasa dia suka dengan cara Nubhan, dia sendiri tak tahu tapi hatinya seakan akan tertarik dengan lelaki di hadapannya ini.

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Waktu berjalan terlalu pantas sedar tak sedar sudah sebulan lebih Melyssa tinggal di kampung mertuanya.

Hubungannya dengan Haris tak usah cakaplah masih dingin, Melyssa yang mewujudkan jurang antara mereka tapi Haris tak pernah berhenti berusaha untuk mendekati Melyssa.

Tapi Haris bersyukur sekurang kurangnya Melyssa tak pernah bersikap biadap dengan orang tuanya, itu sudah cukup melegakan malah Melyssa makin rapat dengan umi dan ayahnya.

"Haris, termenung jauh umi tengok" tegur puan Summayah, dia melabuhkan punggungnya di atas pangkin sambil menikmati pemandangan sawah yang berada di hadapan rumah mereka.

Sawah itu kepunyaan atuk Haris, dia memberi sebahgian daripada bendang itu kepada hj Zulkfili untuk menguruskannya dan sebahagian lagi kepada abang hj Zulkifli.

Memandangkan faktor usia yang semakin meningkat, Hj Zulkifli mengupah orang kampung saja untuk menguruskannya.

"tak ada apa la umi, saja duduk tenangkan fikiran" jawabnya

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now