Z U F R A N 3 1

10.4K 421 51
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

"Maafkan saya Haris, kalau bukan sebab saya mesti awak takkan telantar dekat sini" dia mengusap rambut Haris,

tangan satu lagi mengengam tangan sang suami.

Sebaik sahaja di beri kebenaran oleh doktor untuk melawat Haris,

Mummy dan papa memberi ruang untuk dirinya bersama dengan Haris manakala mereka berdua menuju ke cafe di tingkat bawah

"awak tahu tak masa awak luahkan yang awak sayang saya, saya terharu dan saya sendiri mengaku yang saya dah mula sayangkan awak" dia mengesat air mata yang mengalir,

tiba tiba dia sedih.

Kalau lah dia sempat membalas kata cinta dari Haris mesti rasa bersalah ini akan sedikit berkurang

"awak bangun la cepat, saya tak sabar nak cakap yang saya pun sayang kan awak juga. Sayang sangat sangat" dia mengangkat sedikit badanya untuk mencium pipi pucat Haris,

walaupun ada sedikit calar pada dahi lelaki itu tapi tidak mencacatkan wajah tampan Haris.

Dia tetap kacak seperti hari hari biasa

"haihhh suami saya ni, sakit sakit pum masih handsome" Melyssa tersenyum membayangkan kejadian semasa mereka di mall tadi.

Rasa bahagia tadi masih belum pudar dari hati

"saya suka bila tengok awak senyum, manis je. Saya teringat masa kita main basket ball, awak angkat saya untuk jaringkan gol" kekura Haris di usap lembut

"saya teringin nak main lagi, awak bangun la cepat. kita lawan lagi, kali ni saya janji saya bagi awak menang" wajah Haris di tatap tanpa jemu

"assalamualaikum" suara seseorang memberi salam mengalihkan perhatian Melyssa

"Lysaa" panggil Maisarah,

di belakang wanita itu kelihatan susuk tubuh seorang lelaki iaitu Nubhan.

Sempat lagi Melyssa terfikir, mereka datang bersama ke?

Melyssa tersenyum kelat ke arah Maisarah.

sahabatnya itu mendekati dirinya yang sudah berdiri menyambut kedatangan mereka berdua,

Maisarah memeluk tubuh Melyssa.

seolah olah memberi kekuatan pada sahabatnya

"sabar ya Lyssa, ni semua dugaan" dia melepaskan pelukan dan melihat wajah Melyssa sudah lencun di basahi air mata

"aku tak kuat Sarah, tapi aku tetap juga kena kuat untuk Haris" dia sendiri tak tahu dah berapa banyak kali air matanya mengalir untuk hari ini

"kau kuat Lyssa, aku sentiasa ada untuk kau" dia menenangkan sahabat baiknya

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Genap seminggu Haris tidak sedarkan diri dan Melyssa tak jemu jemu menjaga dan menunggu suaminya sedar.

"bangun la Haris, awak tak penat ke asyik tidur je" ucap Melyssa sambil tangannya sibuk mengelap badan Haris.

Sudah menjadi rutin hariannya mengelap dan menggangantika pakaian Haris,

takkan sesekali dia biarkan nurse buat semua ni, dia sendiri belum pernah sentuh tubuh Haris inikan pula nak suruh nurse dekat sini tolong gantikan baju pada badan suaminya

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now