Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Melyssa meminta diri untuk naik ke bilik selepas makan tengah hari.Dia merebahkan badannya di atas katil milik Haris, ini kali pertama dia masuk ke dalam bilik suaminya.
Kemas, semuanya teratur, katil baru dan selesa.
Leka dia melihat keseluruhan bilik. Perhatiannya beralih bila terdengar bunyi pintu bilik di buka,
Haris masuk ke dalam bilik dengan wajah dan lengannya basah, Melyssa mengagak mesti lelaki itu sudah berwuduk untuk solat zohor
"awak tak nak solat sekali ke?" tanya Haris
Melyssa menggeleng "saya cuti" jawabnya tanpa memandang wajah suaminya.
Haris mengangguk faham kemudian dia mula menunaikan solat
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
Petang itu, Melyssa dan puan Summayah duduk bersantai santai di pangkin sambil menikmati minum petang iaitu cempedak goreng bersama teh o panas"maaf ya Melyssa kalau kamu rasa tak selesa duduk dekat rumah umi dan ayah yang tak seberapa ni" puan Summayah memulakan bicara
"tak ada la umi Lyssa okay je, kenapa umi cakap macam tu?" takut juga Haris ada cerita apa apa tentang hal di mana dia protes tak nak duduk di kampung
" tak ada la, umi takut kamu tak suka ikut Haris pindah sini" ikutkan hati dia nak jawab yang memang dia tak suka pindah di sini,
namun kata kata itu hanya terzahir di dalam hati, tak sanggup dia nak mengeluarkan ayat itu pada puan Summayah, dia menghormati ibu dan ayah mertuanya.
Lain pula dengan Haris memang dia cakap lepas pada lelaki itu.
"lega umi dengar, baik betul menantu umi ni" puan Summayah menggusap perlahan rambut Melyssa,
sejujurnya Melyssa suka dengan sikap dan cara puan Summayah melayan dirinya, tutur kata dan sikap wanita itu sungguh buat Melyssa tak sampai hati untuk bersikap kurang sopan dengan wanita yang seusia puan sri Aleena ini.
"Assalamualaikum" hj Zulkifli memberi salam.
Dia dan Haris baru saja pulang dari dusun mengutip hasil buah buahan di sana maklum lah sekarang ini musim buah,
"Waalaikumusalam. Jom abang, Haris duduk kita minum petang sama" ajak puan Summayah,
Melyssa memberi ruang untuk suami dan ayah mertuanya duduk.
Haris mengambil tempat di sebelah isterinya,
"banyak ke ayah dapat buah dekat dusun tu?" soal Melyssa pada hj Zulkifli.
Dia lebih rela berbual dengan ayah mertuanya dari bercakap dengan Haris
"banyak juga la ada durian, manggis dengan rambutan, kamu makan tak semua buah tu?" Melyssa mengangguk
"semua Lyssa makan kecuali durian" katanya.
jangan cakap makan bau saja buat dia nak muntah
"ouh kamu tak makan durian ke?" tanya puan Summayah
"tak umi, sebab masa Lyssa umur 10 tahun, papa ada bawa balik durian lepastu Lyssa makan banyak sangat sampai badan Lyssa panas, papa terpaksa bawa pergi hospital. sejak tu Lyssa dah serik nak makan durian" dia membuka cerita
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...