Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆Haris menunggu dengan sabar di luar pintu bilik rawatan.
Dia duduk dan cuba menenangkan diri yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa
"Haris" pasangan pengantin baru, Nubhan dan Maisarah mendekati Haris.
Sebaik sahaja Maisarah selesai menerima rawatan akibat kecederaannya tadi terus dia dan Nubhan pergi ke Haris
"macam mana dengan Lyssa, doktor ada cakap apa apa?" pertanyaan Maisarah di balas dengan gelenggan.
Nubhan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Haris
"insyallah keadaan Melyssa okay, kau jangan la risau" bahu Haris di tepuk, cuba menenangkan lelaki itu.
20 minit mereka menunggu, akhirnya pintu bilik rawatan terbuka.
Haris dan yang lain menghampiri seorang doktor wanita yang berusia hampir separuh abad itu
"macam mana dengan isteri saya doktor?" riak muka doktor tersebut tidak dapat di tangkap oleh Haris.
berita baik atau berita buruk
"Alhamdulillah, isteri encik tiada apa apa masalah tapi maafkan kami. Kami tak dapat selamatkan bayi dalam kandungan, isteri encik banyak kehilangan darah dan janin masih baru. Kami harap encik dapat bersabar" Perit.
Itu yang Haris rasa, kehilangan anak pertama yang di nanti nantikan oleh dia dan Melyssa, hancur di sebabkan oleh dirinya yang tak dapat melindungi isterinya dengan baik
"bawa bersabar Ris" walaupun tiada riak kesedihan di wajah, Nubhan tahu jauh di sudut hati Haris lelaki itu sangat sedih dengan berita ini.
Nafas di tarik dan di lepaskan perlahan
'dia harus kuat demi Melyssa kalau dia tunjukkan kesedihannya pada Melyssa mesti isterinya juga turut sedih'
"aku nak masuk dalam dulu, nak tengok isteri aku. Korang berdua balik la dulu rehat" Haris melangkah masuk ke dalam bilik untuk menemani Melyssa
"macam mana ni? nak teman Haris atau nak balik dulu" Maisarah menanti jawapan Nubhan
"kita balik rumah dulu, mandi lepastu rehat sekejap. Tengah hari nanti kita datang sini balik" setuju dengan cadangan Nubhan.
Mereka pulang terlebih dahulu membiarkan Haris menemani Melyssa
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
Selepas menunggu selama 2 hari, akhirnya Melyssa sedar.Cahaya lampu yang membias ke arahnya membuatkan dia agak sukar untuk membuka mata tapi dia dengar suara suara yang memanggil namanya
"Melyssa"
"Alhamdullilah Melyssa dah sedar"
sebaik sahaja dia berjaya membuka matanya, orang di sekeliling dia perhati.
Semua ada mummy papa, ayah dan umi. Maisarah dan Nubhan juga turut berada di situ cuma.....
"mummy, Haris mana?" soalnya
"Haris solat sekejap sayang, sekejap lagi dia datang. Melyssa haus? nak minum air?" Melyssa angguk.
Sudah berapa hari dia tak sedar sampai tekak pun rasa kering.
puan sri Aleena segera menuangkan air ke dalam gelas manakala puan Summayah membantu Melyssa untuk duduk.
Melyssa meneguk air tersebut sambil di bantu oleh puan sri Aleena.
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomantikNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...