Z U F R A N 2 2

11.1K 400 22
                                    

Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

"Haish kereta ni, time time macam ni lah kau nak rosak" Keluh Maisarah.

Dia memandang ke arah jalan raya.

Banyak kereta yang lalu lalang tapi tak ada satu pon yang berhenti untuk menghulurkan bantuan

"orang yang lalu dekat sini pula memang tak ada seorang yang berhenti nak tolong aku, semua pandang je lepastu jalan" geram Maisarah dengan perangai segelintir masyarakat sekarang.

Akhirnya Maisarah buntu kerana dia tidak menyimpan sebarang nombor telefon mekanik yang pernah dia servis kereta dulu,

Baru sekarang dia rasa menyesal.

Dalam sibuk Maisarah cuba mencari jalan penyelesaian, sebuah kereta berjenama toyota berhenti betul betul di belakang kereta miliknya.

"macam pernah nampak nombor plat ehh ni bukan...." belum sempat dia menghabiskan ayat.

Seorang lelaki berkemaja biru gelap dan lengkap memakai kaca mata hitam keluar dari kereta

"Kenapa dengan kereta awak, Maisarah?" tanya lelaki itu.

Dia sibuk melihat keadaan kereta milik Maisarah.

Maisarah yang leka melihat wajah di sebalik kaca mata hitam itu cepat cepat tersedar

"tak tahu la bateri kereta habis ke apa" dia sendiri pon tak tahu punca sebenarnya.

Lelaki itu mula menyisingkan lengan kemejanya hingga ke paras siku

"ehh awak nak buat apa ni?" tanya Maisarah bila lelaki itu mula menapak ke arah enjin keretanya

"saya nak tengok apa masalah kereta awak ni" jawab Nubhan sambil sibuk melihat keadaan enjin kereta Maisarah

"betul la tekaan awak bateri kereta awak dah habis, sekejap saya call mekanik" Nubhan mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya dan membuat panggilan.

Selepas membuat panggilan Nubhan membuka pintu kereta Maisarah untuk mengambil beg tangan wanita itu.

Dia mendekati Maisarah dan meghulurkan beg tangan padanya

"awak pergi la tunggu dalam kereta dulu, dekat luar ni panas" Maisarah menyambut beg tangannya.

Lagipun dia dah berpeluh dan letih berdiri.

Maisarah menuju ke arah kereta Nubhan dan masuk ke bahagian penumpang.

Dia melihat Nubhan bersandar pada kereta miliknya sambil melihat telefon bimbit

"nasib baik Nubhan ada, kalau tak aku sendiri pon tak tahu nak buat macam mana" katanya sendiri.

Bayangkan kalau Nubhan tak datang hulurkan bantuan tadi.

Maisarah rasa sampai ke maghrib dia tersadai di sini.

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


"Ya Allah!" sebaik sahaja puan Summayah dan Hanis sampai di bilik Melyssa.

Mereka lihat Azman sudah menindih badan Melyssa, wanita itu sedang meronta ronta minta di lepaskan.

Hanis cuba menarik Azman jauh dari kakak iparnya namun tenaga Azman lebih kuat sekali tolak saja badan Hanis sudah tersandar pada dinding

"di sebabkan suami kau, aku dah tak boleh nak balik rumah. Aku nampak dia datang tadi. Entah apa yang dia dah cakap dekat ayah aku!" Nasib baik dia sempat menyorok pada sebuah pokok dan melihat kejadian yang berlaku di rumahnya tadi.

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now