Z U F R A N 1 7

10.2K 415 29
                                    


Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

"Melyssa awak okay tak?" Haris mengetuk pintu bilik air

"Haris saya tak boleh nak keluar" suara Melyssa tersedu sedu

"kenapa tak boleh keluar pula, awak ada masalah ke?" Haris mula risau

"ada katak halang laluan saya nak keluar, dia berdiri betul betul depan pintu bilik air, saya takut" jelas riak suara Melyssa yang geli dengan seekor katak.

Haris nak tergelak tapi bila mendengar suara Melyssa yang sedang dalam ketakutan, dia membatalkan niatnya

"macam mana ni Haris" kebisuan Haris buat Melyssa jadi lagi tak keruan

"okay apa kata awak siram je katak tu dengan air" cadangan Haris dibantah keras oleh Melyssa

"kalau saya siram dia pergi dekat saya macam mana? saya tak nak" jawabnya sambil mengelap hingus yang hampir meleleh

"awak berani tak buka lock pintu ni, buka je selebihnya biar saya yang uruskan" belum sempat Melyssa menjawab, katak tersebut mula melompat ke arahnya,

Melyssa menjerit dengan sekuat hatk "arghhhh!" dia terus berlari melangkah katak tersebut dan cepat cepat membuka pintu bilik air,

tubuh Haris yang berada betul betul di hadapan pintu itu di peluk erat,

Haris dapat rasa tangan Melyssa mengigil.

kaki Melyssa lemah dan hampir jatuh di dalam dakapan Haris tapi nasib baik dia lebih pantas memaut Melyssa erat

"awak okay tak ni?" tanya Haris, risau  melihat keadaan Melyssa

"kenapa dengan Melyssa, Haris? umi dan ayah dengar Melyssa menjerit tadi" tanya puan Summayah yang baru keluar dari bilik bersama suaminya sebaik sahaja mendengar suara jeritan.

"Melyssa nampak katak umi tu yang dia tiba tiba menjerit, mungkin dia fobia" jawab Haris

"bawa Melyssa naik atas, kesian ayah tengok dah menggigil dia tu" Haris mengikut arahan hj Zulkifli, dia mencempung tubuh Melyssa untuk dibawa masuk ke dalam bilik

"awak pon pergi la masuk bilik, biar saya yang buang katak tu" kata hj Zulkifli.

Puan Summayah tak terus ke bilik malah dia singgah ke bilik Haris untuk melihat keadaan menantunya.

Dia lihat Haris baru saja meletakkan Melyssa di atas katil dan dia sempat lihat terdapat tilam yang berada di atas lantai tapi tidak dihiraukan semua itu, dia hanya mahu melihat Melyssa.

Puan Summayah meletakkan tangannya di atas dahi menantu tunggalnya, takut Melyssa demam kerana terkejut bercmpur takut dengan kejadian tadi

"panas sikit badan Melyssa ni" kata puan Summayah

"tapi Melyssa rasa sejuk umi" jawabnya lemah

"Melyssa sejuk ya sayang, tak apa biar umi selimutkan" dia mencari selimut yang lebih tebal untuk Melyssa di dalam almari

"Haris tengokkan Melyssa ni, kalau esok demam dia tak kebah juga kita bawa pergi klinik" Haris mengangguk memang dia rancang nak buat macam tu kalau keadaan Melyssa esok masih lagi sama

"umi masuk bilik dulu" Haris jatuhkan kepala selepas puan Summayah keluar dia menutup pintu bilik

"Haris, saya sejuk" lemah suara Melyssa.

Haris mendekati isterinya dan duduk di atas lantai, dia mengambil kedua belah tangan Melyssa dan menggosok tangan wanita itu untuk menghangatkannya,

tanpa sedar Melyssa menarik tangan Haris untuk naik ke atas katil kemudian dia merebahkan kepalanya di atas dada Haris dan memeluk pinggang suaminya

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now