Z U F R A N 3 5

10.2K 363 10
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


Telefon Melyssa berdering ketika dia sedang membasuh pinggan di dapur

"Haris, tolong ambilkan telefon saya dekat atas meja tu" kebetulan Haris sedang duduk di meja makan sambil menemani isterinya di dapur.

Telefon milik Melyssa di capai sempat dia lihat pemanggil di skrin,

Maisarah.

Tanpa melengahkan masa, dia membawa telefon tersebut kepada Melyssa yang berada di sinki.

Melyssa sudah menghulurkan tangan untuk mengambil telefonnya dari tangan Haris,

tapi pantas suaminya menghalang

"tak apa biar saya pegangkan, tangan awak tu basah" alolo sweetnya husband kita.

Selepas menekan icon hijau, Haris melekapkan telefon itu di telinga Melyssa

"Hello, Lyssa asal lambat sangat kau angkat call" eh eh Maisarah ni,

dia tak tahu kita ni dah kahwin mestilah ada banyak kerja nak buat

"aduh sorry la, aku basuh pinggan tadi" malas nak panjangkan topik, Melyssa memohon maaf

"ouhh yeke" Maisarah jadi serba salah kerana memarahi Melyssa tadi

"ada apa kau call aku ni" sempat dia mengusap wajah Haris yang setia berada di sisinya sambil memegang telefon.

Haris mencium tangan Melyssa yang melekap di pipinya.

Sempat lagi mereka bermesra, kalau la Maisarah ada di hadapan mereka sekarang mesti wanita itu buat muka

"aku nak cakap dengan kau pasal Nubhan" Haris lihat Melyssa mengerutkan dahi.

Entah apa la yang mereka berdua bualkan sehingga dahi isterinya boleh berkerut seperti itu

"kenapa dengan dia?" tiba tiba je nak cakap pasal Nubhan padahal sebelum ini bila dia tanya ada apa apa tak dengan lelaki itu pasti Maisarah akan menjawab tak

"dia masuk meminang aku" Melyssa yang mendengar berita itu agak terkejut.

Wajah Haris di tatap, lelaki itu seolah olah memberi isyarat 'kenapa'.

Tapi Melyssa tidak membalas kerana dia perlu mendengar penjelasan Maisarah dulu

"bila?" tanya Melyssa

"beberapa hari lepas" jawab Maisarah

"habis apa keputusan kau?" ke Maisarah tak ada jawapan lagi

"sebab tu la aku call kau, aku nak minta pendapat dari kau" tekaan nya tepat mesti Maisarah nak minta pendapatnya.

Kalau begini dia tak boleh berbual dengan Maisarah di depan Haris.

Segera Melyssa mengelap tangannya menggunakan tuala bersih,

"tak apa biar saya pegang, ada hal sikit nak bincang dengan Sarah" bisik Melyssa perlahan.

Haris hanya mengiyakan.

Kemudian Melyssa menghala ke luar, dia nak duduk di pangkin luar sambil berbual bual dengan Maisarah

"so apa pendapat kau?" lama betul dia nak tunggu Melyssa buka suara akhirnya dia bertanya sekali lagi

"hmmmm" Melyssa berfikir seketika, dia cuba untuk memberikan nasihat yang terbaik buat sahabat baiknya

"bagi aku tak ada masalah kalau kau terima pinangan Nubhan, lagipun dia baik perangai dia pun lebih kurang dengan Haris" dia memberi pandangan

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now