Z U F R A N 2 1

11K 414 23
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


"Akak nak makan tak? kalau nak Hanis pergi ambilkan dekat dapur" Hanis menemani kakak iparnya, umi sudah masuk ke bilik memandangkan dia sudah menemani Melyssa

"Akak tak lapar Hanis" jawab Melyssa, bahagian perutnya masih lagi sakit akibat tumbukan yang di terima petang tadi

"Akak nak rehat dulu" dia merebahkan badan, Hanis membetulkan selimutnya dan berbaring di sebelah.

Tak sampai 10 minit mereka lena, dia terjaga semula.

Matanya tak boleh nak lelap kalau tak dia mesti nampak imbasan yang berlaku petang tadi.

Tubuhnya berpeluh, kepalanya menoleh ke arah Hanis.

Wanita itu sudah lena di buai mimpi, mengantuk sangat agaknya memandangkan jam sudah ke angka 2 pagi.

Tekaknya tiba tiba terasa haus, dia bangun perlahan lahan dari katil, sebaik sahaja dia buka pintu kakinya tersadung dengan sesuatu, tubuhnya jatuh dan menghempap sesuatu.

Melyssa lihat dirinya sedang menindih badan seseorang, dia tak dapat agak siapa kerana keadaan di luar agak gelap

"Melyssa" suara itu...dia kenal.

Dia yang bersandar pada dada lelaki itu terus mendongakkan kepala

"awak okay ke?" dia terus bangun dan menjauh dari Haris

"jangan dekat" perasaan takut muncul kembali

"Melyssa, ini saya Haris" ruang yang gelap tadi kini di simbahi cahaya malap, cukup untuk dia melihat wajah Haris

"awak cuba bertenang, tarik nafas dan hembus" entah kenapa Melyssa patuh dengan arahan Haris

"sekarang awak tengok saya betul betul" teragak agak Haris ingin memegang bahu isterinya

"cuba awak jawab soalan saya. Saya ni siapa?" mata mereka saling bertatapan, lama Melyssa perhatikan Haris.

Tak lama kemudian dia mengangguk, dia kenal lelaki ini

"Haris" jawab Melyssa.

Haris koyak senyum, terus tubuh Melyssa di tarik ke dalam dakapannya dan isterinya tak menolak malah dia membalas pelukannya

"Haris, saya takut" Melyssa mula menangis

"tak ada apa yang perlu di takutkan lagi, semuanya dah selamat" rambut Melyssa dibelai lembut

"kenapa awak lambat selamatkan saya dengan Hanis, awak tahu tak lelaki tu cuba nak rogol saya"  Melyssa mengogoi seperti anak kecil

"Maafkan saya, kalau la saya awal tadi mesti awak tak akan jadi macam ni" memang dia berjaya selamat kan Melyssa tapi mental wanita itu tetap terganggu.

Beberapa minit kemudian, tiada lagi suara tangisan. Melyssa sudah terlelap dalam dakapan Haris.

Tubuh mereka di rebahkan bersama, selimut di tarik ke tubuh Melyssa untuk menghangatkan isterinya memandangkan mereka tidur di atas lantai dan hanya beralaskan tilam nipis.

Separuh dari tubuh Melyssa menindih tubuh Haris buatkan pergerakkan nya terbatas, tak sampai hati dia mahu mengalihkan kerana takut wanita kesayangannya terjaga.

Mereka tertidur dalam posisi yang sama sehingga masuk waktu subuh

"Abang, bangun dah subuh" suara Hanis membuatkan Haris terjaga, terpisat pisat dia membuka mata

"Hanis, dah pukul berapa ni" suara mereka seakan akan berbisik kerana tak mahu menganggu lena Melyssa

"pukul 5.45, baru lepas azan subuh. Kenapa abang dengan kakak boleh tidur dekat sini" Hanis lihat sebuah tilam dan sebuah bantal sudah berada di hadapan bilik.

Lega dia melihat kakak iparnya yang sedang lena, sewaktu terjaga tadi dia panik bila melihat katil di sebelahnya kosong. Takut apa apa jadi pada Melyssa.

Sekali dia keluar, abang dan kakak iparnya sedang lena bersama, siap berpelukan lagi.

Mungkin sudah berbaik dan abangnya sudah berjaya memujuk kakak iparnya

"panjang ceritanya, dah la pergi ambil wuduk nanti kita solat jemaah sama, abang nak bawa kak Melyssa masuk dalam bilik" tubuh Melyssa di cempung lalu di bawa masuk ke dalam bilik meninggalkan Hanis sendirian

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


"Assalamualaikum" hj Zulkifli memberi salam, dia datang bersama Haris ke rumah hj Shukor

"Waalaikumusalam, eh Zul. Masuklah dulu" muncul hj Shukor dan hjh Rozia dari muka pintu

"mana si budak Azman tu" hj Shukor memandang silih ganti wajah anak beranak ini, mesti ada apa apa yang sudah anaknya lakukan

"apa yang Azman dah buat kali ni?" soal hjh Razia

"anak kamu cuba nak buat benda tak baik pada menantu aku, mana dia, aku nak jumpa budak tu" tinggi suara hj Zulkifli, Haris menenangkan ayahnya

"sabar ayah, istighfar" perlahan suaranya, Haris memandang ke arah pasangan suami isteri itu.

Hj Shukor sudah beristighfar manakala hjh Razia mengusap lembut belakang suaminya

"saya datang ni nak jumpa Azman. Dia ada tak pakcik?" lembut suaranya bertanya, Haris masih hormatkan mereka.

Masalahnya hanya dengan Azman

"Azman tak balik dari malam tadi" Haris memejamkan mata.

Dia tahu Azman melarikan diri kerana dia ada mencari lelaki itu di tempat kejadian pagi tadi tapi Azman sudah tiada

"kalau dia balik nanti pesan pada anak kamu, kalau dia berani kacau keluarga aku lagi. Aku dan Haris takkan teragak agak untuk heret dia masuk dalam penjara. Jom Haris kita balik" hj Shukor menghantar pemergian sahabatnya dengan perasaan kecewa dan serba salah.

'ya Allah tak habis habis lagi Azman ni buat hal' siap la kalau dia balik nanti, dia akan ajar azman cukup cukup

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

"umi masak apa?" Hanis bertanya sebaik sahaja dia nampak puan Summayah sedang memerah santan.

"umi nak buat masak lemak ketam, tadi ayah pergi ke pasar cari ketam katanya teringin nak makan" uminya meletakkan ketam ke dalam sinki, Hanis menyinsingkan lengan baju dan mula menyiang kesemua ketam

"Melyssa mana Hanis, dia tengah buat apa?"  Soal puan Summayah, dia ada memberikan Melyssa sarapan pagi di dalam bilik tapi itu cerita pagi tadi, sekarang sudah tengah hari.

Belum sempat dia menjengah menantunya kerana sibuk membuat kerja rumah

"Kak Lyssa tidur umi, dia nampak okay sikit sebab tadi Hanis ada ajak kak Lyssa berbual" ceritanya walaupun hanya suara dia sahaja yang sibuk berceloteh tapi kakak iparnya memberi respon yang baik

"Abang dengan ayah belum balik lagi ke dari rumah hj Shukor?" Dia ada dengar hj Zulkifli mengajak Haris ke rumah hj Shukor pagi tadi

"belum, kejap lagi balik la tu" belum sempat dia nak berbual lagi dengan umi,   mereka mendengar jeritan dari Melyssa.

Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum meninggalkan kerja kerja di dapur dan segera berlari ke arah bilik Melyssa

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

B E R S A M B U N G

Terima kasih💙 pada yang sudi tinggalkan ✏comment&🌟vote

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now