Z U F R A N 2 3

11.7K 442 39
                                    

Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆



"Macam mana Haris, dapat selamatkan tak semua kambing yang keracunan?" pulang saja dari kandang semua ahli keluarganya menanti di ruang tamu

"Alhamdulillah umi semuanya selamat" lega puan Summayah dan yang lain mendengar

"dah dapat tahu siapa dalangnya Haris?" dia menggeleng

"belum ayah, Haris pun tak nak tuduh sesiapa lagipun kita bukan ada bermusuh dengan sesiapa" yang lain bersetuju

"awak lapar tak? nak makan? kalau nak saya sediakan" Melyssa menyentuh lengan Haris, kesian lelaki itu keluar pagi balik petang mesti belum makan lagi

"haah...pergi makan dengan Melyssa. Dia tak makan lagi tu nak tunggu kami balik katanya" Haris memandang isterinya, risau

"kenapa tunggu saya, awak kan baru nak sihat. Hanis kenapa tak paksa kak Lyssa makan sama tadi" Hanis terkejut, dia pula yang salah

"jangan la marah dia, saya yang berkeras nak tunggu awak" boleh pula Haris marah Hanis padahal bukan salah adik iparnya,

puas Hanis pujuk dia tadi tapi dia yang tak nak

"dah jom kita makan" Haris menarik tangan Melyssa menuju ke dapur.

Siap di tarikan kerusi lagi, Melyssa melihat suaminya menyendukkan nasi

"awak nak lauk apa, ayam ke ikan?" dah terbalik pula sepatutnya dia yang layan Haris

"saya boleh ambil sendiri, awak tu yang kena makan dari pagi sampai petang tak makan lagi" dia mengambil pinggan nasi di tangan Haris dan mengambil lauk ayam masak merah.

Haris perhati saja Melyssa sambil tersenyum

"awak dah mula sayangkan saya ke?" tersedak dia mendengar pertanyaan Haris

"Hah?" wajah keliru di tayang

"yela awak ambil berat tentang saya jadi mesti la awak dah mula sayangkan saya"

Diam.

"Nampak ketara sangat ke yang aku ambil berat pasal dia'

"pfft...saya ambil berat sebab nak balas budi awak sebab tolong saya" jawab Melyssa selamba namun tanpa sedar jawapan itu telah mengguris hati suaminya

"ouhh..." Melyssa lihat Haris mula mengambil nasi dan lauk.

'kenapa dia diam, aku ada salah cakap ke?'

Ingin saja dia bertanya tapi melihat wajah sugul yang di tayang oleh Haris buat dia tak jadi untuk bertanya.

Takut dia, tak pernah pernah lelaki itu tayang wajah seperti itu padanya

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Dari petang sampai membawa ke malam, Haris tak tegur dia langsung.

Masa makan malam tadi Haris menolak untuk dia mengambilkan lauk untuk lelaki itu, dah la depan keluarga mertuanya.

Nanti apa pula tanggapan mereka.

Solat maghrib dan isyak juga tidak berjemaah, dia baru selesai ambil wuduk. Haris dah angkat takbir.

Melyssa melihat jam yang berada di dalam bilik mereka, pukul 11 malam.

Selalu pukul 10, Haris dah masuk untuk tidur tapi bayang lelaki itu masih belum muncul.

Dia mengigit gigit kukunya cuba mengingati sama ada dia ada tersalah cakap semasa mereka makan bersama petang tadi

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now