Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
"Mana Haris ni semalam beria cakap nak datang awal lepastu batang hidung dia pon aku tak nampak" bebel Melyssa sambil melihat jam di tangan,15 minit dia terpacak di depan butik pengantin ini dan dia bukannya seorang yang suka menunggu.
Hari ini genap sebulan selepas acara merisik tempoh hari, puan sri Aleena dan puan Summayah mengarahkan mereka berdua menempah baju memandangkan tinggal sebulan sahaja lagi sebelum majlis perkahwinan berlangsung,
Semalam dia mendapat whatsapp dari Haris. Pesanannya supaya jangan lambat kerana Melyssa tak mahu dijemput untuk ke sini tapi sekarang bayang Haris pon dia tak nampak.
'macam kita pula yang beria ria nak kahwin dengan dia' tapi luahan itu hanya mampu di telan sendiri
"kau ni boleh sabar tak, bawa bertenang" Maisarah yang setia menunggu bersama Melyssa menenangkan sahabatnya,
belum sempat Melyssa membalas ada suara memberi salam "assalamualaikum maaf saya lambat sikit" Melyssa dan Maisarah menoleh.
Muncul Haris dan seorang lelaki semasa di kampung haritu tapi dia lupa nama lelaki itu.
Melihat kebisuan dua orang wanita di hadapannya Haris memperkenalkan sahabatnya "kenalkan ni Nubhan, awak kenal dia kan Melyssa haritu dia ada sekali masa dekat kampung"
Melyssa mengangguk "saya kenal" jawab Melyssa dia membalas senyuman Nubhan begitu juga dengan Maisarah
"jom lah kita masuk" kata Haris tapi belum sempat dia berjalan Melyssa menahan dirinya
"Sara kau pergi la dulu dengan Nubhan aku nak cakap sikit dengan Haris" selepas mendapat anggukan dari Maisarah,
mereka berdua masuk ke dalam butik
"awak nak cakap apa?" tanya Haris takkan tak boleh tunggu masuk dalam butik dulu baru cakap
"saya nak tanya ni awak tahu kan ni butik apa" Haris membuat muka pelik
"British Bridal saya tahu la dah terpampang nama dekat signboard ni" Melyssa ingat dia tak tahu baca ke
"awak tahu kan butik ni boleh dikatakan popular dan harga satu baju boleh mencecah empat ke lima angka, awak mampu ke belikan baju kahwin untuk saya dekat butik ni" Melyssa agak ragu nanti tak pasal pasal lepas dah pilih baju, dia pula yang kena bayar.
Haris tergelak "kalau saya tak mampu, saya tak ajak awak ke sini"
"mana awak dapat duit, jangan cakap dengan saya awak hutang mana mana orang semata mata nak impress kan saya sebab awak boleh beli baju kahwin kita dekat sini" dia menghalakan jari telunjuknya tepat pada wajah Haris
"astaghfirullah takkan la saya nak buat macam tu buang masa jela, saya ni bukan tak ada duit simpanan dan insyallah cukup untuk tampung majlis perkahwinan kita, dah la jom masuk kesian dekat Nubhan dengan Maisarah tunggu kita" Haris masuk terlebih dahulu meninggalkan Melyssa
"boleh percaya ke dia ni" Melyssa masih ragu ragu akhirnya dia melangkah masuk juga ke dalam butik mewah itu
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
Akhirnya selesai urusan mereka di butik..Semua dah siap ditempah dan dibayar tinggal ambil sahaja 3 hari sebelum majlisHarga kesemua termasuk baju nikah, baju sanding dan baju untuk pengapit iaitu Maisarah dan Nubhan dalam dua puluh ribu.
![](https://img.wattpad.com/cover/261668429-288-k362639.jpg)
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...