Z U F R A N 4 1

9.8K 366 14
                                    

Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


Tak dapat di sembunyikan lagi senyum Melyssa selepas mendapat berita yang membuatkan hatinya berbunga

"Ya Allah kak, Hanis pula yang tak sabar bila dengar tadi" ucapnya sambil memandu.

Dia mengambil alih tempat Melyssa memandangkan kakak iparnya masih tersisa sakit kepala

"Kalau Hanis dah excited akak lagi lah, tak sabar akak nak balik bagitahu abang Haris. Mesti dia dah tak marahkan akak lepas ni" Melyssa yakin Haris pasti akan teruja sambil memeluknya erat.

Sebaik sahaja mereka sampai di halaman rumah, Hanis mematikan enjin kereta. Mereka berdua keluar dari perut kereta.

Hanis mencapai tangan Melyssa, riak wajah kakak iparnya kelihatan senang.

Salam di beri, mereka berdua melangkah masuk.

Kelihatan Haris sedang duduk di sofa sambil berpeluk tubuh,

Dia dengar derap kaki kedua wanita kesayangannya melangkah masuk ke dalam rumah

"Pergi mana sampai dah habis waktu maghrib?" keras nadanya menyoal

"kan Hanis dah telefon umi cakap kitaorang balik lewat sikit" jawab Hanis selaku wakil kepada dirinya dan Melyssa

"Ya memang Hanis ada cakap dengan ibu tapi awak Melyssa. Kenapa tak telefon saya cakap awak balik lewat, apa saya ni dah tak penting ke dalam hidup awak" jerkahan Haris buatkan Melyssa terkejut dan air matanya gugur buat sekali lagi

"Kenapa dengan abang ni? Abang sedar tak apa yang abang dah tinggikan suara dekat kakak" kali ni Hanis naik hantu bila melihat Haris menengking Melyssa

"Hanis jangan masuk campur, ini urusan abang suami isteri" amaran di keluarkan

"no, ini salah Hanis sebab Hanis yang berkeras minta kak Lyssa teman. Jadi kalau abang nak lepaskan kemarahan lepaskan dekat Hanis bukan kak Melyssa" suara Hanis yang naik seoktaf membuatkan puan Summayah dan hj Zulkifli keluar dari bilik mereka

"ya Allah kenapa ni Hanis tinggikan suara dekat abang" lembut pertanyaan yang keluar dari mulut puab Summayah

"umi tanya la anak sulung umi ni, siapa yamg mula dulu?" usapan lembut di hadiahkan pada Melyssa

"Haris, cuba cerita dekat umi apa yang jadi" suara puan Summayah saja yang kedengaran manaklaa hj Zulkifli hanya mendiamkan diri.

Tahu lah Haris yang ayahnya itu ingin tahu keseluruhan cerita sebelum membuat keputusan

"Cerita la abang" sinis suara Hanis.

Melihat kebisuan dari pihak Haris tahu lah puan Summayah bahawa anaknya itu yang bersalah

"sebagai seorang suami, kamu kena la tanamkan sifat sabar dalam diri, mana boleh buat keputusan melulu. Hidup berumah tangga mesti akan ada pasang surut jadi kamu kena main peranan kalau rasa apa yang Melyssa buat salah, tegur dia bukan terus lepaskan kemarahan" panjang lebar nasihat puan Summayah.

Menantunya di dekati, dia memeluk Melyssa untuk menenangkan wanita itu

"Yah, pergi bawa Melyssa dan Hanis masuk, abang nak bercakap sikit dengan Haris" mereka bertiga berjalan ke dapur meninggalkan Haris yang sudah tertunduk memandang lantai bersama hj Zulkifli

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now