Z U F R A N 1 1

10.4K 406 11
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


Melyssa lihat dari balkoni biliknya, beberapa orang lelaki sedang sibuk memasang khemah di halaman rumah.

Dia mengeluh perlahan, sedar tak sedar esok dia bakal bertukar status dari bujang kepada isteri orang yang dia sendiri tak rela.

Semalam hampir saja dia buat kerja gila kerana ingin melarikan diri dari rumah tapi memikirkan nama baik papa dan mummy terus batalkan niatnya

"jauh menung dah tak sabar nak kahwin ke?" sergah Maisarah

"hahahaha... kau ni kelakar, kau tahu kan perasaan aku macam mana sekarang" tak mungkin dia sedang bersuka ria waktu ini

"cuba terima Lyssa cuba, bukan orang suruh kau pergi bunuh diri ini perkara yang elok nak mendirikan masjid, lain la kalau Haris tu bukan lelaki baik" nasihat Maisarah hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri,

bagi Melyssa kalau dia dah tak suka dia malas nak dengar apa apa lagi yang keluar dari mulut orang lain

"tak sangka kan aku yang dah bertunang tup tup kau yang kahwin dulu" Maisarah mengubah topik perbualan bila Melyssa tidak memberi sebarang respon tentang hal tadi

"ala kau ni suka buat aku serba salah" Melyssa mula melihat Maisarah di sebelah

"aku okay la lagipun siapa kita ni nak menidakkan ketentuan Allah, dah jodoh kau sampai dulu" Maisarah tersenyum, dia tak kisah sebenarnya.

Saja dia nak hidupkan suasana antara mereka

"kau dengan Dafi macam mana? ada bincang pasal kahwin?" baru dia teringat dah lama Maisarah tak bercerita tentang hubungannya dengan Dafi

"haihh... entah la kadang kadang aku rasa yang aku bukan tunang dia dan kami tak ada apa apa ikatan pon, dia buat aku rasa macam orang asing, dah 5 hari dia tak call atau whatsapp aku" jelas riak kecewa terpamer bila bercakap tentang Dafi

"kau sayang dia Sarah?" tanya Melyssa kerana pertunangan Dafi dan Maisarah semuanya dirancang oleh keluarga mereka sama sepertinya

"aku cuba cintakan dia tapi kau tengok lah diri dia sendiri tak pernah nak cuba belajar cintakan aku, patut ke aku putuskan pertunangan kami, Lyssa?" tiada jawapan dari Melyssa kerana dia sendiri tak tahu bagaimana nak memberi respon

"kau kata dah berapa hari ni dia tak call atau whatsapp kau kan?" pertanyaan Melyssa dibalas dengan anggukan

"aku takut dia ada...." tak sampai hati Melyssa nak habiskan ayatnya

"perempuan lain" Melyssa mengangguk perlahan

"aku ada terfikir macam tu juga tapi aku tak ada bukti dan selagi aku tak ada bukti aku tak boleh nak buat apa apa keputusan" kesian pula dia tengok Maisarah,

rasanya nasib dia lagi baik dari Maisarah walaupun mereka di jodohkan oleh keluarga tapi sekurang kurangnya perangai Haris tak macam Dafi.

Haris melayan dia dengan baik walaupun dia buat tak peduli

"tak apa Sarah kalau apa apa jadi. aku sentiasa ada dengan kau okay. Dah tak payah risau" dia memeluk bahu Maisarah dah mengusap perlahan untuk menenangkan sahabatnya

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


"Aku terima nikahnya Naura Melyssa binti Megat Idris dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai" Melyssa rasa sebak sekarang ini bukan kerana gembira tapi dia sedih.

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now