Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Haris menoleh ke arah sepasang suami isteri yang seumur dengan ayah dan uminya.Dia berjalan ke arah tan sri Megat dan mencium tangan lelaki itu dengan penuh hormat
"dah besar kamu Haris, ingat pakcik lagi tak?" tanya tan sri Megat
"saya ingat ingat lupa pakcik"
"laaa kamu tak ingat Haris, dulu kan kamu selalu main dengan anak pakcik megat kamu ni" Haris diam, cuba mengingati
"ouhhh, ya Haris dah ingat" terbayang di fikirannya wajah seorang kanak kanak perempuan bertocang dua
"kamu dari mana Haris?" tanya puan sri Aleena
"saya dari kandang kambing saya makcik" jawab Haris
"ouhh... jadi kamu lah pemilik kadang kambing depan kampung tu?" Haris menangguk
"besar juga kandang kambing kamu tu" dia dan isterinya sempat bercakap mengenai kandang kambing tersebut semasa mereka sampai tadi.
Rupa rupanya ia milik anak sahabatnya
"tak ada la besar mana pakcik lagipun saya tolong jagakan, kadang kambing tu ayah yang punya" jawabnya
"laaa kau rupanya Zul. Ish, apa tak besarnya, pakcik tengok besar juga dalam 4 ekar. Betul tak Zul?" hj Zulkifili mengiyakan
"haah, dalam 4 ekar setengah"
"ha Aleena macam mana dengan anak tuggal Aleena tu, dia kerja apa sekarang?" tanya puan Summayah, dia tiba tiba teringat anak perempuan puan sri Aleena yang muda 3 tahun daripada Haris
"ouh dia accountant syarikat dekat tempat kerja Megat" jawab puan sri Aleena
"ohh... bagus la tu ada sesetengah anak tak nak kerja dengan orang tua mereka" hj Zulkifli mencelah
"tula mula mula memang dia taknak, katanya nak ada pengalaman dekat tempat lain, puas la aku pujuk akhirnya dia ikut juga cakap aku" cerita tan sri Megat.
Haris hanya pasang telinga.
Dia sudah lupa nama anak perempuam tan sri Megat walaupun dia ingat wajah budak perempuan itu
"siapa nama anak perempuan kau Megat, aku ingat nama depan dia, Naura kan" berkerut kening hj Zulkifli, cuba mengingati
"betul la tu, nama penuh dia, Naura Melyssa" tersenyum tan sri Megat melihat riak wajah sahabatnya
" Astaghfirullah hal 'azim dalam tak sedar dah lama kita berbual, aku dengan Aleena minta diri dulu la ya" tan sri Megat dan puan sri Aleena bangun dari sofa,
begitu juga dengan hj Zulkifli dan puan Summayah, Haris juga berbuat perkara yang sama
"terima kasih la ya tak sangka aku dapat jumpa kau" hj Zulkifli berjabat tangan dengan tan sri Megat
"nanti senang senang datang la kuala lumpur suruh Haris bawa Summayah dengan abang Zul" pesan puan sri Aleena pada puan Summayah
"Inshallah kalau ada rezeki kami ke sana" jawab puan Summayah
"bila bila nak datang telefon je aku atau Aleena kitaorang mesti sambut punya" ujar tan sri Megat
"Inshallah"
"kami balik dulu ya, Assalamualaikum" tan sri Megat menepuk perlahan bahu hj Zulkiflo
"Waalaikumusalam, bawa kereta elok elok" pesan hj Zulkifli
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...