Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Seorang wanita pertengahan 20an memasuki pintu MI Holdings dengan bergaya sekali,siapa tak kenal anak tan sri Megat Idrus, Naura Melyssa, orangnya begitu angkuh sekali. Jarang wajah itu mempamerkan senyuman.
Jawatan yang di sandang hanya lah sekadar akauntan syarikat tapi kesombongannya mengalahkan CEO.
Sampai sahaja Melyssa di aras 4, kaki di atur ke arah pejabat,
Terus dia menghempaskan punggung pada kerusi kulit yang diimport dari Italy.
Pagi pagi macam ni dah ada orang buat moodnya swing.
Semuanya salah seorang wanita yang tanpa sengaja tertumpahkan air pada bajunya di starbuck tadi.
Nasib baik dia sejenis manusia yang sentiasa sediakan baju spare dalam kereta kalau tak mungkin sepanjang hari dia akan moody.
Nak tak nak terpaksa la dia ganti baju dekat dalam tandas starbuck itu.
Kalau ikutkan rasa marah, dah lama dia maki wanita berbaju kurung tadi,
tapi disebabkan banyak mata yang memandang, terpaksa dia tahankan saja amarah yang sudah membuak buak.
Dia memegang perutnya, dah la sebelum kejadian tadi dia baru beratur.
Selesai saja dia ganti baju terus dia beredar, dah tak ada mood nak beratur balik
"haih laparnya menyesal aku tak sarapan dekat rumah tadi" rungut Melyssa.
Puan sri Aleena mengajaknya sarapan tadi sebelum ke tempat kerja tapi di sebabkan dia craving sangat nak mocha frappuccino dekat starbuck dengan berlagaknya dia tolak.
Sekarang baru dia rasa erti penyesalan.
Melyssa berfikir sejenak, dia mendapat satu idea.
iphone 12 pro miliknya di keluarkan dari beg tangan jenama chanel, dia membuat satu panggilan.
Tak sampai beberapa saat suara dari dalam talian kedengaran "hello, ada apa kau call aku pagi pagi ni?" tanya si pemanggil
"jom teman aku sarapan dekat tempat biasa, aku ambil kau dekat butik" ajak Melyssa
"aduh kau ni asal tak sarapan dekat rumah je tadi" rungut si pemanggil
"ala nanti la aku cerita kira okay la eh?" dia menyoal lagi, kalau si pemanggil tak nak memang dia akan paksa juga.
"ha yela yela cepat sikit, aku banyak kerja lagi ni" akhirnya si pemanggil akur dengan ajakan Melyssa.
"okay aku gerak sekarang" Dia menamatkan panggilan.
Tanpa berlengah, beg tangannya dicapai.
Kemudian Melyssa keluar dari biliknya.
Sambil menunggu pintu lif terbuka dia menghantar pesanan ringkas pada papanya, memaklumkan dia sarapan di luar.
Sebenarnya ada sebuah cafe di aras bawah tapi dia tak berapa gemar makan di sana kerana ramai staf yang bersarapan di sana dan dia pula memang tak suka bercampur dengan staf staf di syarikat papanya
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
Dalam beberapa minit perjalanan, Melyssa berhenti di hadapan sebuah butik iaitu May's boutique
kelihatan sahabatnya iaitu Maisarah sudah menunggu ketibaannya di hadapan butik, wanita itu sedang berjalan menuju ke arah kereta miliknya.
Maisarah adalah satu satunya sahabat yang dia ada sejak mereka berdua sama sama bersekolah di international school.
![](https://img.wattpad.com/cover/261668429-288-k362639.jpg)
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...