Z U F R A N 2 9

10.1K 385 53
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


"Kamu berdua nak keluar ke hari ni?" soal puan Aleena bila melihat pakaian anak dan menantunya

"haah tapi Lyssa keluar dengan Sarah. Haris pula keluar dengan Nubhan nak jumpa client" terang Melyssa seperti yang mereka cakap semalam

"ouh... naik satu kereta atau Lyssa kejap lagi Sarah datang ambil?" dia menggeleng, hari ni dia naik satu kereta dengan encik suami

"tak, hari ni Haris hantar Lyssa sebab tengah hari nanti kitaorang nak lunch sama sama" jawabnya sambil tersenyum, entah kenapa pagi ni tiba tiba Haris bagitahu nak keluar makan tengah hari bersama

"bagus la tak payah kak Jah masak hari ni" aikk kalau mak tak masak mummy dengan papa nak makan apa lunch ni

"habis mummy dengan papa? takkan diet kot" guraunya

"tak ada la sekejap lagi mummy dengan papa nak pergi kenduri kahwin anak kawan papa, tu yang tak payah susahkan mak. balik daripada kenduri nanti mummy tapaukan je lauk dekat kedai untuk mak" Melyssa dan Haris angguk, tanda faham

"pergi la cepat Haris nanti kamu lambat pula nak jumpa client tu, nak hantar Lyssa lagi" tan sri Megat yang dari tadi duduk membaca surat khabar online mula bersuara

"yela ayah, mummy. Haris dengan Lyssa pergi dulu nanti" mereka berdua mencium tangan tan sri Megat dan puan sri Aleena.

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Sebaik sahaja mereka tiba di mall, Melyssa dapat panggilan dari Maisarah

"hello babe, kau dah sampai ke? aku ada dekat depan pintu masuk mall ni" matanya meliar ke arah pintu masuk, mana tahu Maisarah sudah menunggunya

"babe, aku minta maaf aku lambat sikit ada hal sekejap. Kau tunggu aku boleh?" rupanya sebab tu Maisarah call, Melyssa ingat sahabatnya dah sampai

"of course untuk kau, seribu tahun pun aku sanggup tunggu" selorohnya, saja nak bergurau

"ish kau ni, dah la aku settle kan urusan aku dulu nanti aku sampai...janji jangan balik tunggu aku dekat situ" takut sangat dia tinggalkan Maisarah dan terus pulang

"ya aku tunggu, jangan la risau bukan kau sorang je yang rindu aku. Aku pon rindu kau" manis balasan Melyssa nak yakinkan sahabatnya

"that what i like. okay i see you soon babe, muahhh love you" macam on call dengan boyfriend pula gayanya kalau orang tengok cara Melyssa tersenyum

"okay see you, love you too" balasnya.

"kenapa? Sarah dah sampai ke belum?" lama betul isterinya berbual dengan Maisarah

"ouhh Sarah ada hal, dia sampai lambat sikit. Tak apa la awak drop saya dekat sini je" Melyssa baru saja nak buka pintu kereta namun di tahan oleh Haris

"sekejap saya cari parking" kereta milik Haris bergerak ke arah parking berbumbung

"aikkk kenapa pula, awak jumpa client dekat sini juga ke?" pelik dia bila Haris mencari parking

"saya temankan awak sampai Maisarah datang" pantas dia geleng tanda tidak bersetuju

"mana boleh, habis client awak takkan awak nak biar dia tunggu" tak nak la sebab dia, Haris tangguhkan kerja

"meeting tu lagi 1 jam, saya masih ada masa" aikk kalau meeting lagi satu jam kenapa Haris keluar awal

"laa kenapa tak cakap dengan saya? kalau Sarah tak lambat tadi, awak nak buat apa sementara nak tunggu satu jam tu?" Haris ni kadang kadang baik sangat,

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now