Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Rengekkan Misha Raniya buatkan Melyssa terjaga, belum sempat dia bangun untuk menuju ke arah baby coat.Haris sudah terlebih dahulu sampai ke sana dan mengendong puteri mereka
"dia lapar kot abang, meh bagi dia dekat Lyssa" Melyssa sudah menghulurkan tangan untuk menyambut anaknya.
Haris perhati Misha Raniya yang sedang menyusu, perbuatan suaminya buatkan Melyssa rasa tak selesa
"abang pergi lah sambung tidur, daripada tadi abang tak rehat layan anak anak kita" selain rasa tak selesa, dia juga kesian melihat Haris yang dari tadi tak berehat kerana melayan kerenah puteri dan putera mereka.
Sekejap Misha menangis dan Haris angkat dan dodoikan anaknya dengan alunan zikir, bila Misha dah tidur Heidi pula terjaga.
Sabar betul Haris melayan anak mereka
"tak apa la sayang, nak bandingkan penat abang jaga anak dengan penat sayang lahirkan anak anak kita ni. Abang rasa sayang 10 kali ganda lagi penat" pipi Misha yang sedang menyusu di usap lembut.
Sebaik sahaja Misha Raniya terlelap, Haris meletakkan semula bayi yang baru berusia 20 hari itu ke dalam baby coat.
Melyssa pantas ingin memasukkan semula kakinya ke dalam selimut kerana dia takut Haris nampak kedua belah kakinya langsung tidak bersarung dengan stoking.
Dia panas, lagi lagi bila dia di paksa pakai baju tebal supaya tak terdedah dengan cuaca sejuk.
Dah la Haris tak buka aircond lagi berganda panas yang Melyssa rasa.
Namun perbuatannya telah tertangkap dengan mata helang suaminya
"ya Allah sayang.....kenapa tak pakai stoking kalau masuk angin nanti macam mana" bebel Haris.
Dia terus menuju ke wardrobe dan mencapai sepasang stokin.
Melyssa mula mengadu kecil sebaik sahaja melihat Haris menuju ke arahnya dengan stoking di tangan
"alaaaa.....abang, Lyssa tak nak pakai stokin. Panas" dia menayang muka kesian pada Haris
"tak boleh sayang nanti kalau masuk angin lagi susah" stoking di sarung pada kaki kanan Melyssa di ikuti kaki kiri
"tapi panas dah la abang tak buka aircond lagi la panas" Haris menggeleng
"sayang orang berpantang ni mana boleh terdedah dengan suhu dingin, tak elok" nampak sangat yang Haris lebih faham cara orang perempuan berpantang berbanding dengan Melyssa yang zero dalam bab bab ni
"hmmm...yela ikut abang" kalau dia cakap lebih lebih buat bazir air liur, bak kata Haris untuk kebaikkan dia juga jadi nak tak nak terpaksa la dia redha
"dah siap, sayang baring la sambung tidur" lengan Haris di capai bila suaminya berura ura ingin beredar dari katil
"abang nak pergi mana?" kening Melyssa berkerut
"abang tak pergi mana sayang, abang nak baring sebelah sayang la" Melyssa melepaskan nafas lega.
Haris tersenyum dengan kerenah isterinya.
dia bergerak ke bahagian sebelah, kaki di angkat dan dia naik ke atas katil.
Badan di rebahkan dan Melyssa sudah berpusing menghadapnya
"nak peluk boleh tak? dah berapa hari ni abang asyik tertidur dekat sofa sebab jaga Misha dengan Heidi" Haris ketawa kecil sebelum dia mendepangkan tangan
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...