Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Pagi itu melyssa turun awal untuk membantu mak menyediakan sarapan.sejak bangun solat subuh tadi bayang Haris masih belum kelihatan, dia tertanya tanya ke mana lelaki itu pergi.
Takkan dah kena tidur dekat sofa semalam pagi ni terus hilang
"mak tahu tak Haris pergi mana?" nak tak nak terpaksa la dia bertanya
"Haris dengan papa pergi solat subuh dekat masjid" jawab mak sambil sibuk menggoreng bihun
"ouhh" patut lah dia tak nampak, pergi solat dekat masjid rupanya
"wahh bagus anak mummy sejak kahwin ni ada peningkatan. Pagi pagi lagi dah ada dekat dapur tolong mak buat sarapan pagi" muncul puan sri Aleena memuji anaknya
"mummy ni bukan pertama kali Lyssa bangun awal, selama ni ada je" Melyssa memuncung
"ya la tapi ini kan hari pertama kamu sebagai seorang isteri jadi ada la perkembangan positif" puan sri Aleena mengambil teko untuk membuat air panas.
Melyssa diam tak membalas, dia memasukkan bihun ke dalam mangkuk
"Assalamualaikum" kedengaran suara orang memberi salam dari ruang tamu
"ha mesti papa dengan Haris dah balik" kata puan sri Aleena
Haris muncul di dapur membawa plastik kuih
"mummy ni Haris dengan papa ada beli kuih tadi"
"ouhh yeke, Lyssa tolong ambil kuih dekat Haris ni mummy tengah buat air" arah puan sri Aleena.
Melyssa yang selesai memasukkan bihun itu mengangkat mangkut tersebut dan menuju ke arah Haris
dia mengambil plastik kuih tersebut dan menghulurkan mangkuk bihun pada Haris "tolong letakkan bihun ni dekat atas meja makan" suaranya tak bernada.
Haris mengambil mangkuk tersebut dan memandang Melyssa yang berlalu ke arah rak pinggan sebelum menghantar bihun ke meja makan
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
Semasa mereka bersarapan pagi, tan sri Megat membuka mulut "nanti kamu berdua pindah dekat rumah keluarga Haris kan?"nak tercekik Melyssa dengar 'kenapa aku tak tahu apa apa'
"kalau Melyssa tak keberatan seminggu lagi kami dekat sini lepastu saya bawa Lyssa pindah rumah umi dan ayah" jawab Haris.
Dia pasti kejap lagi bakal timbul persoalan dari mulut Melyssa
"aikk kenapa saya tak tahu yang kita nak pindah?" tanya Melyssa terang terang
"saya sebenarnya baru merancang yela takkan nak tinggal dekat sini, saya kan kerja" jawab Haris tenang
"habis tu kerja saya dekat sini macam mana" Melyssa menahan suaranya supaya kedengaran lembut di depan orang tuanya walaupun hatinya sudah mendidih menahan amarah
"Haris boleh tanggung kamu Melyssa, tak perlu la lagi kamu kerja dekat syarikat papa" terbeliak mata Melyssa
"habis siapa nak ganti papa nanti?" dia saja lah waris tunggal MI Holdings
"yang tu kamu tak payah risau ramai saudara mara lelaki kamu yang sudi tolong papa" Melyssa menahan hati
"sampai hati papa, habis kalau papa bagi harta papa dekat saudara mara kita, Melyssa dapat apa" nada Melyssa mula berubah agak tinggi
![](https://img.wattpad.com/cover/261668429-288-k362639.jpg)
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...