Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
"Dah nak hujan ni Lyssa, jom la aku hantar kau dekat Haris" Melyssa geleng, baru saja tadi dia mesej Haris.
Suaminya dalan perjalanan ke sini
"tak apa la Sarah, aku tunggu Haris dekat sini" dia menolak dengan sopan
"kalau macam tu aku tunggu dengan kau la sampai Haris datang" dia mengambil tempat duduk di sebelah Melyssa.
Melyssa mendongak ke langit melihat awan kelabu mula menutupi matahari,
risau pula dia dengan Maisarah, buat buat mereka tengah tunggu tiba tiba hujan turun kesian sahabatnya, nak pergi ke kereta nanti basah terkena hujan.
"Sarah, kau balik jela aku okay je tunggu dekat sini nanti kesian pula kau basah kalau hujan nak pergi dekat kereta" dia tak apa lah dah tentu tentu Haris ambil betul betul depan pintu masuk mall ni
"tak apa la Melyssa lagipun dah lama aku tak mandi hujan" seloroh Maisarah
"aishh kau ni degil la" geram Melyssa dia ni kesian kan Maisarah tapi boleh pula wanita itu bergurau
"betul la kau jangan risau pasal aku" kemudian mereka berdua diam,
Melyssa dah malas nak paksa, kalau tak nanti panjang macam itik muncung Maisarah.
20 minit kemudian, mereka lihat kereta Haris muncul,
"ha suami kau dah sampai, okay la aku balik dulu, thank you sudi jumpa dengan aku hari ni" mereka berdua berlaga pipi
"alaaaa nak sopan sopan pula takkan la aku balik tak jumpa kau, btw thank juga belanja aku" banyak juga la barang yang dia beli tapi kebanyakkannya Maisarah yang belanja,
katanya bulan ni masyuk sikit jualan di butik.
Dia lihat pemergian Maisarah ke tempat letak kereta kemudian baru la dia menuju ke arah kereta Haris
"dah lama tunggu" soal Haris sebaik sahaja Melyssa masuk ke dalam kereta
"dalam 20 minit macam tu" jawabnya sambil meletakkan segala barang barang yang dia beli tadi di seat belakang.
Haris juga turut membantu "banyak betul awak beli" dalam 10 beg kertas berjenama yang dia lihat
"Maisarah yang belanja" Melyssa senyum tayang giginya yang cantik tersusun
"kenapa tak guna duit yang saya bagi?" Haris mengangkat kening, minta penjelasan
"Sarah yang nak belanja tadi, orang kata rezeki jangan di tolak kan" dia memeluk lengan Haris
"ouhh saya ingat awak yang minta dia belanja, yela mana tahu duit yang saya bagi tadi tak cukup" dia memandang suaminya
"mana ada la" dia melepaskan pelukan di lengan Haris, Melyssa seakan akan berjauh hati.
'Sampai hati suaminya tuduh dia macam tu'
"maaf ya saya tak patut bersangka buruk dekat isteri saya ni" dia menarik Melyssa ke dalan pelukan, ingin memujuk kembali isterinya.
Tanpa teragak agak Melyssa membalas pelukan Haris"awak nak makan apa sekejap lago?"
"saya teringin nak makan tomyam dekat restoran yang biasa saya pergi makan dulu" dah lama dia tak rasa tomyam di restoran itu
"okay awak masukkan location dalam telefon saya" sebaik sahaja selesai, kereta Haris bergerak mengikut arah waze
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomansaNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...