Z U F R A N 8

9.6K 398 31
                                    

*ada perubahan dalam bab ni*


Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


"

Lyssa betul ke apa yang kita buat ni" makin dekat mereka ke kampung makin menebal rasa serba salah dalam diri Maisarah.


Dia tak nak teman Melyssa tapi di heret juga ke sini

"kau ni bukan kau yang nak pergi serang  Haris tu, kenapa kau gelabah sangat" Melyssa mencari Haris di kandang kambing,

dia tak nak berbincang di rumah orang tua Haris, susah nanti mereka nak berbincang

"tapi kau dah bawa aku sekali bermaksud aku pon dah terlibat dalam hal kau ni"

"shh...kau ni aku bawa kau supaya aku ada teman, kau duduk jela diam diam nanti" susah betul bawa Maisarah ni ada je yang tak kena.

'bagus motor Haris masih ada' dia risau Haris sudah pulang kerana sekarang hampir masuk ke waktu maghrib

Tak tunggu lama, tali pinggang di tanggalkan dan terus dia keluar dari kereta untuk mendapatkan Haris

"Lyssa tunggu aku" tak mampu dia menyaingi Melyssa yang sepantas kilat

"Assalamualaikum" marah marah juga salam tetap di ucap

"Waalaikumusalam" terepranjat Haris bila melihat susuk tubuh Melyssa berdiri di hadapannya sekarang

"batalkan perkahwinan kita" Haris bingung

"jangan buat buat tak tahu saya nak awak cakap dengan mak ayah awak yang awak tarik balik keputusan awak untuk kahwin dengan saya" Maisarah yang baru tiba terpanah seketika melihat wajah tampan Haris

'handsome juga bakal suami Melyssa' pujinya

"bagi saya satu sebab kenapa saya perlu tarik balik keputusan saya" balasan Haris buatkan Maisarah tersedar

'istighfar Sarah, kau tu dah bertunang' dia menggeleng dengan sikapnya tadi

"sedar la diri sikit, awak tu setakat jaga kambing. Layak ke awak dengan saya, mampu ke awak nak sara saya yang serba serbi mewah dari atas kepala sampai hujung kaki ni" bongkak sungguh ayat Melyssa

"InshaAllah" menyampah Melyssa dengan jawapan Haris, klise

"saya tak kira, saya beri awak masa beberapa hari untuk bagitahu parents awak perkara ni" tanpa menunggu lama tangan Maisarah di tarik, mereka beredar dari situ

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

Sudah satu minggu berlalu sejak perbincangan Melyssa dengan orang tua nya.

Hari ini papa meminta dia ke ruang tamu selepas makan, dia tahu mesti tan sri Megat mahukan jawapan sama ada dia setuju atau tidak untuk menerima Haris sebagai suami

"rasanya Lyssa dah tahu tujuan papa dan mummy panggil Lyssa ke ruang tamu?" tan sri Megat menyoal

Melyssa mengangguk lemah "Lyssa tahu"

"jadi apa keputusan Lyssa?" puan sri Aleena hanya diam di sebelah suaminya, dia biarkan mereka anak beranak yang berbual.

Sebelum dia memberi jawapan dia ingin bertanya sesuatu pada tan sir Megat

"pa, pakcik Zulkifli ada telefon papa tak?" ternaik kening tak sri Megat mendengar soalan itu

"tak ada, kenapa kamu tiba tiba tanya"

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now