Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
"Macam mana, mereka berdua dah balik ke makcik?" soal Haris.Sebaik sahaja Nubhan mendapat panggilan dari bakal ibu mertuanya yang mengatakan kehilangan Maisarah dan Melyssa,
terus mereka bergegas ke rumah keluarga Maisarah
"belum, makcik dah call Sarah dengan Lyssa tapi dua dua tak angkat" Haris mencekak pinggang,
Nubhan menggaru garu kepalanya.
"jangan la risau sangat Melinda sekejap lagi mereka berdua balik la tu" sebaik sahaja dato Ibrahim memujuk isterinya,
kereta Melyssa muncul di perkarangan rumah.Haris terus berlari ke arah kereta isterinya, sungguh dia risau.
Tiba tiba dapat panggilan yang isterinya dan Maisarah hilang padahal tak lama pun dia ke rumah Nubhan.
Pintu bahagian pemandu di buka, Melyssa terkejut
"ehh sayang" sebaik sahaja dia keluar dari kereta terus Haris memeluk erat tubuhnya
"sayang pergi mana, Haris risau tahu tak?" Melyssa sempat tersenyum
"sayang ni senyum senyum pula, orang tengah serius tahu tak" luah Haris geram
"maaf la Haris, saya bawa lari isteri awak pergi beli ni" sebungkus plastik di angkat tinggi
"kamu berdua menghilang sebab benda ni?" soal dato Ibrahim
"sorry abi, umi. Mesti abi dan umi risau kan. Sarah yang ajak Melyssa keluar pergi family mart sebab nak try menu baru diaorang ni" jangan tanya mana mereka dapat idea mengarut kerana ini semua idea Melyssa, boleh pula lepas jumpa Dafi tadi dia ajak Maisarah pergi family mart untuk mencuba menu baru mereka iaitu 'cookies frappe'
"ya allah korang berdua ni macam tak boleh nak tunggu esok" datin Melinda menepuk dahinya.
Perangai Maisarah dan Melyssa ni memang sukar di jangka.
Ada ke masa majlis sedang berlangsung, mereka boleh pula keluar ke kedai.
Nubhan hampir menghamburkan tawanya, punya la mereka semua di sini risau kalau terjadi apa apa pada mereka berdua.
Alih alih keluar untuk pergi membeli makanan saja
"Sarah dengan Lyssa takut habis tu yang kitaorang pergi cepat cepat tadi. Untung kitaorang umi benda ni betul betul tinggal 2" Maisarah menambah cerita
"apa apa jela kamu berdua ni. Buat penat saja umi risau" datin Melinda melangkah masuk ke dalam rumah semula diikuti dato Ibrahim di belakang
"lain kali nak pergi mana mana bagitahu, kenapa saya dengan umi Maisarah call sayang tak dapat?" Melyssa menunjukkan telefonnya
"habis battery sayang" dia menekan nekan button untuk menunjukkan bahawa telefonnya memang sudah kehabisan bateri.
Padahal sebelum balik dia dan Maisarah pakat off kan handphone masing masing
'maaf kan Lyssa, sayang' harapnya dia tak jadi isteri derhaka sebab menipu suami sendiri
"awak pula, umi call kenapa tak jawab?" kalini Maisarah pula yang di soal Nubhan
"mungkin masa umi call tadi saya dengan Melyssa dekat dalam kedai sebab telefon saya tertinggal dalam dashboard kereta" itu lah ayat paling bernas yang berjaya Maisarah keluarkan
![](https://img.wattpad.com/cover/261668429-288-k362639.jpg)
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
Storie d'amoreNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...