Z U F R A N 1 9

10.9K 431 18
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆°

"Cepatlah beritahu saya apa pekerjaan awak, sampai awak berahsia sangat dengan saya" dia kembali duduk, tangannya di tarik dari genggaman Haris,

tak biasa

"pekerjaan kedua saya berkait dengan pekerjaan pertama saya" Melyssa cuba menghadam.

'Pekerjaan pertama dia menternak kambing, habis tu pekerjaan kedua dia apa? menternak lembu ke?' seloroh Melyssa. Pandai pandai dia meneka sendiri.

"apa pekerjaannya?" masih dingin suaranya

"Saya ada satu kilang yang buat minuman tenusu macam susu kambing dan susu lembu. Saya ada satu syarikat untuk berhubung dengan pembekal di dalam dan luar negara" ternganga mulut Melyssa.

Namun segera di kawal riak mukanya tak mahu nampak terkejut.

"susu keluaran syarikat awak jenama apa?" saja dia tanya.

Mana tahu dia pernah terbeli susu yang di keluarkan oleh syarikat Haris.

yela takkan tak terkenal kalau dah di pasarkan sampai ke luar negara.

"Vers Milk" Melyssa terkejut besar.

Dia pernah membeli susu tersebut malah jenama susu itu memang menjadi kegemarannya dan pilihan utama kalau di ke mana mana pasar raya.

"apa maksud Vers tu?" Haris simpan senyum.

Dia suka Melyssa yang ini, banyak cakap tak seperti Melyssa yang sebelum sebelum ini.

Hanya pamer wajah beku dan lontaran suaranya juga dingin.

Mungkin ini hikmahnya dia memberitahu pekerjaannya. Dia nampak keterujaan Melyssa.

Tapi dia tak nampak yang Melyssa teruja kerana mahu mengikis hartanya tapi Melyssa yang teruja kerana ingin mengetahui pekerjaan keduanya.

"awak tak dengar ke saya tanya?" Melyssa menggoyangkan lengan Haris untuk menyedarkan lelaki itu dari mengelamun.

Sudah lupa sikap dingin dan layanannya pada Haris

"ya, saya ambil perkataan vers ni dari bahasa Dutch yang bermaksud fresh" terang Haris.

Selepas mendapat tahu hal tersebut Melyssa terus bangun secara mendadak.

dalam hati mengutuk diri 'kenapa la aku excited sangat tadi, sepatutnya aku buat tak kisah' rasa nak ketuk kepala sendiri kerana memikirkan kejadian di mana dia sudab mula ramah dengan Haris.

"awak nak pergi mana?" tanya Haris bila mana dia nampak Melyssa sudah membuka telekung.

Wajah Melyssa kembali beku.

"turun dapur, tolong umi masak" tanpa menunggu balasan Haris,

Melyssa lekas lekas keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Haris menggelengkan kepala melihat perangai isternya, dia tahu Melyssa sudah mula nak berbaik dengannya.

Cuma wanita itu sedang berperang dengan ego sendiri.

"tak apa Melyssa, kita tengok sampai bila awak dengan ego awak tu boleh bertahan" Haris senyum penuh makna.

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Keluarga hj Zulkifli di kejutkan dengan kepulangan Hanis dari kampus.

"ya allah budak bertuah ni, kenapa balik tak beritahu umi atau ayah" Hanis sengih, menunjukkan gigi yang cantik tersusun.

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now