Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Melyssa dapat rasa semenjak dua hari lepas macam ada seseorang sedang memerhatikannya.
Kalau dia keluar sidai baju atau menyiram pokok pasti dia akan rasa tak sedap hati.
Kalau dia beritahu Haris perkara ni, Melyssa takut hanya mainan perasaan
tapi hatinya kuat mengatakan memang semenjak kes keracunan kambing kambing milik Haris.Dia rasa semacam kalau dia keluar ke mana mana memang akan rasa di perhatikan
"Lyssa, termenung jauh umi tengok. Rindu mummy dengan papa kamu ke?" puan Summayah mengambil tempat duduk di sebelah menantunya
"tipu la kalau tak rindu umi tapi bukan sebab tu Lyssa termenung" jawab Melyssa sambil matanya sibuk memerhati suasana di kampung ini.
Walaupun sudah agak lama dia menetap di sini, matanya masih tak jemu melihat suasana kampung ini
"habis tu Lyssa fikir apa. Gaduh dengan Haris ke?" laju Melyssa menggeleng.
Mereka baru sahaja berbaik belum rindu lagi dia nak cari pasal dengan lelaki itu
"Assalamualaikum" serentak Melyssa dan puan Summayah menoleh ke arah suara itu.
"Waalaikumusalam, Warda. Bila kamu sampai?" tanya puan Summayah
"baru 2 hari lepas makcik" sopan betul Melyssa tengok wanita di hadapannya ini.
Berbaju kurung, bertudung labuh.
Memang wanita solehah tetapi kenapa Melyssa rasa macam ada yang tak kena dengan perempuan ni
"ermm Haris mana makcik" wah tanya pasal suami dia pula,
hello isteri dia ada dekat sini okay.
Dia yang tercongok depan mata ni tak ada pula wanita itu berniat nak tegur
"Haris kerja, kejap lagi dia balik la tu" Warda mengangguk tanda mengerti
"ehh sebelah makcik ni siapa?"
'konon baru perasan aku dekat sini'
Melyssa memuncungkan mulut
"ni menantu makcik. Melyssa" Melyssa hanya senyum ala kadar.
Nampak sangat Warda ni syok dekat suaminya lagi lagi bila puan Summayah kenalkan dirinya sebagai menantu.
Bukan main besar lagi biji matanya.
Huh terkejut la tu
"ouhh yeke, bila Haris kahwin? kenapa mak tak ada bagitahu Warda" dengar pun dia dah dapat agak ada nada kecewa yang terselit
"mungkin mak kamu lupa lagipun masa Haris kahwin kami tak buat majlis di sini. Kami buat majlis di Kuala Lumpur saja" kalini Warda tak memberi sebarang reaksi.
Tak sampai beberapa minit, kedengaran bunyi motor milik Haris masuk ke halaman rumah.
belum sempat Melyssa bangun,
Warda terlebih dahulu melangkah ke arah Haris.
puan Summayah sendiri sudah tahu Warda ini ada hati dengan anaknya,
tapi dia kurang berkenan dengan gadis muda ini kerana perilaku wanita itu tidak seiring dengan cara pemakaiannya.
bertudung labuh, berbaju kurung dan ada lulusan dari Mesir tapi perangainya agak kurang sopan
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...