Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
'Bam!' pintu bilik hotel ditutup kasar oleh Maisarah akibat perasaan gelisah bercampur takut
"kau okay Lyssa?" dia mendekati Melyssa yang sedang memegang dadanya
"roh aku rasa macam nak melayang dengan cara pemanduan f1 kau tu, nasib baik aku bernafas lagi sekarang" dada yang berdegup kencang cuba di tenangkan
"aduh maaf la Lyssa, aku gelabah tadi kereta tu ikut kita rapat gila. Itu yang aku lupa aku bawa ibu mengandung sekali, maaf la ya" dia menggosok perut Melyssa
"sorry ya baby, aunty takutkan baby ya" usapan lembut di beri walaupun perut Melyssa masih kempis
"nasib baik anak aku ni kecil lagi kalau tak agaknya dia dah menendang nendang dalam kerera tadi" boleh sakit jantung dia macam ni sebaik sahaja menempuh pemanduan gila Maisarah,
mereka perlu berlari pula untuk masuk ke dalam hotel.Nasib baik dia masih fit walaupun dah lama tak bersenam.
Sedang mereka melepaskan lelah, pintu bilik di ketuk dari luar.
Maisarah punya terkejut sampai terpeluk Melyssa
"siapa tu Sarah?" dia menjawab dengan mengangkat bahu tanda tidak tahu
"kau duduk sini biar aku pergi tengok dekat lubang pintu" Maisarah bangun tapi Melyssa belum melepaskan gengamannya.
Dia berpaling ke arah wanita itu
"hati hati" walaupun dalam keadaan genting, Melyssa sempat tayang senyum walaupun Maisarah tahu senyuman itu hanya untuk menenangkan hatinya.
Perlahan lahan Maisarah mendekati pintu hotel yang masih belum berhenti di ketuk.
Kaki di jingkitkan untuk melihat melalui lubang pintu, sebaik sahaja dia melihat susuk tubuh lelaki yang berada di luar.
Hatinya tambah debar, Maisarah mencari wajah Melyssa
"siapa?" soalnya melalui gerak bibir.
Tak menjawab, Maisarah membuka kunci pintu lalu tombol pintu di tekan.
Hati Melyssa berdegup kencang sebaik sahaja muncul wajah lelaki yang sentiasa membuatkan dia tersenyum sejak mengenali susuk itu.
Tapi tidak sekarang, hatinya kecewa dengan tutur kata dan perbuatannya
"awak nak apa datang sini" sebaik sahaja dia bersuara,
Haris terus menuju ke arahnya dan memeluk dirinya tanpa izin.
Meronta ronta Melyssa dalam pelukan suaminya
"apa awak buat ni, lepaskan saya la" tapi usahanya nyata sia sia, apa sangatlah kudratnya untuk menolak berbanding dengan tenaga Haris
"maafkan saya sayang, i'm sorry. Saya dah buat awak kecewa" ya betul cakap Haris bukan setakat kecewa tapi hatinya turut terluka
"kalau awak dah tahu, buat apa awak datang sini lagi, pergi la balik. Saya tak nak tengok muka awak buat masa sekarang" sebaik sahaja Haris melepaskan pelukan.
Dia pantas memalingkan wajah dari suaminya
"sayang tak apa apa?" seluruh tubuh Melyssa di periksa
"ishh saya okay la, kenapa dengan awak ni" beria ria pula Haris memeriksanya
"tadi ada orang ikut kereta sayang kan?" Melyssa angkat kening sebelah.
Macam mana suaminya boleh tahu, takkan Haris kot yang ikut mereka tadi tapi bodoh la kalau kereta suami sendiri dia tak dapat cam dan kereta tadi bukan kereta Haris
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...