Z U F R A N 4 5

10.8K 372 18
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


"Abang" Haris yang terleka kembali fokus selepas namanya di seru

"ya sayang?" Melyssa membuat muka

"Lyssa nak tanya lagi soalan, boleh tak?" Memek muka isterinya buat Haris tersenyum.

Mesti Melyssa ingat dia tak dengar pertanyaan isterinya tadi

"ya sayang, tanya la"

"macam mana abang boleh datang malam tu?" Mulanya memang Melyssa curiga macam mana Haris boleh tahu malam itu Dafi ada ikut mereka

"mula mula Nubhan ada beritahu abang yang dia curiga soal Maisarah"

"lepastu abang tanya la kenapa"

"Nubhan cakap yang Maisarah cakap dengan dia yang Sarah pergi outstation dekat Cameron, Nubhan tak fikir masa tu jadi dia cakap la okay"

"lepas Maisarah gerak baru Nubhan perasan yang Maisarah ni buka butik jadi kebarangkalian untuk dia outstation tu agak tipis" Melyssa tekun mendengar cerita Haris sambil menganggukkan kepala macam burung belatuk

"lepastu dia cerita dekat abang, terus dia ajak abang naik Cameron malam tu"

"abang tak sangka pula malam tu sayang dengan Sarah kena follow dengan Dafi, nasib baik abang dengan Han cepat" lega rasanya.

Tak sia sia dia mengikut Nubhan ke Cameron dan firasat Nubhan ternyata betul.

Dia berterima kasih pada sahabatnya yang satu itu

"abang tak sangka pula yang bekas tunang Maisarah tu psycho" Melyssa mengeluh, pada awalnya Dafi tak macam tu

"entah la masa diaorang putus abang sendiri tengok dekat mall yang Dafi macam tak kisah langsung malah dia yang mulakan dulu"

"ni alih alih dia pula meroyan nak dekat Maisarah balik" kalau ada 1000 lelaki macam ni memang terbalik la dunia ni

"sayang tahu tak jantung abang nak keluar bila tengok Maisarah pandu macam dekat litar lumba, lagi lagi bila teringat sayang mengandung" dia dan Nubhan sempat memuji pemanduan Maisarah di saat saat genting tapi dia juga turut risau keadaan Melyssa

"kalau abang yang tengok pun rasa nak terkeluar jantung ini kan pula Lyssa, muka Lyssa ni kalau toreh waktu tu memang tak keluar darah. Itu pertama kali dalam sejarah hidup Lyssa naik kereta selaju tu" dia sendiri terkejut dengan cara Maisarah memandu walaupun ada rasa was was dalam hati tapi dia percaya akan Maisarah pada waktu itu

"abang nak laporkan pada polis" Melyssa termangu, lapor polis?

Melihat Melyssa tayang muka blur, Haris melanjutkan kenyataan

"soal ugutan Dafi pada sayang dan Maisarah" kejap, bila masa pula suaminya buat report

"bila?"

"mungkin hari ni" Melyssa ternganga

"tak payah dulu la abang" dia malas nak panjang panjang cerita

"sayang kena buat report juga, it's about life sayang. Kalau dia dah berani ikut sayang dan Sarah sampai ke Cameron, tak mustahil dia boleh buat lebih lagi" Melyssa diam, dia cuba mencerna kata kata Haris

"buat je sayang untuk keselamatan sayang juga" Haris cuba memujuk

"okay, kita buat report" Haris lega bila mendengar jawapan Melyssa.

Melyssa bukan apa dia setuju kerana risau kalau apa apa jadi pada kandungannya kelak.

Dia tak boleh pentingkan diri kerana ada satu nyawa lagi yang menumpang di rahimnya

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now