Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
Mesej yang di jantar oleh Maisarah telah di serahkan pada pihak polis"baiklah kami akan ke sana segera" Insp.Kamal mengarahkan anak anak buahnya untuk bersiap sedia
"tapi aku dengan Haris nak ikut ke sana. Kami nak tengok keadaan isteri kami lagi lagi Haris" dari tadi dia lihat tampang Haris resah sebaik sahaja membaca mesej yang di hantar Maisarah
"boleh, tapi kau dengan Haris kena janji ikut arahan aku, nah" Insp. Kamal menghulurkan jaket kalis peluru kepada mereka.
Nasib baik Haris dan Nubhan kenal Insp.Kamal ni jadi senang sikit nak berurusan dengan polis sebaya mereka ini
"jom kita bergerak sekarang" mereka semua bergerak ke arah sebuah trak polis yang sudah menanti mereka.
Haris dan Nubhan mengikut seorang pegawai menaiki kereta polis
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
"Lyssa bangun la jangan tinggalkan aku please, kita kan dah janji nak jadi besan kalau dapat anak nanti" tubuh Melyssa di goyangkan perlahan.
Mata sahabatnya masih terpenjam, nafasnya juga tak stabil, naik turun
"Lyssa kau kena bertahan okay, aku tak nak apa apa jadi dekat kau. Aku takkan maafkan diri aku kalau kau kenapa kenapa" rambut Melyssa di usap lembut, kepala itu masih berada di pangkuannya.
Mayat Karina di tatap sayu, apa agaknya reaksi keluarga wanita ini bila dapat tahu anak dan adik yang di cari selama ini hilang dan akan pulang dalam keadaan jasad yang kaku tak bernyawa lagi.
Ya Allah dia harap cepat la Haris dan Nubhan sampai, dia dah tak sanggup nak hadap semua ini.
Lagi lagi melihat orang yang tersayang tak bergerak dan mayat seorang wanita mati betul betul di hadapan matanya.
Pintu di buka sekali lagi, muncul wajah manusia yang paling di benci menjinjit sebuah plastik merah,
dia agak itu makanan
"nah makan ni" dia menghempaskan sahaja makanan tersebut ke lantai.
Maisarah hanya memandang tanpa riak, akui dia dalam keadaan lapar tapi bagaimana dia nak makan dengan apa yang jadi sekarang.
Lagipun dia tak percaya pada Dafi, entah entah lelaki ini ada letak benda bukan bukan dalam makanan ni
"makan la yang kau tengok je kenapa!" sergah Dafi.
Tatapan kosong Maisarah padanya buatkan kemarahannya naik mendadak
"kau ni dah kenapa" Rambut Maisarah yang sudah terdedah di tarik
"lepas lah" Maisarah memegang tangan Dafi yang menarik rambutnya
"jangan jadi bodoh la sebab kawan kau ni kau tak makan. Kau nak mati sama sama dengan dia ke" suaranya naik seoktaf, matanya terjengil
"biar aku mati dengan dia kalau itu boleh tamatkan penderitaan kami. Aku tak kisah" suara Maisarah tak kurang hebatnya walaupun sudah beberapa jam tiada setitis air yang dia minum
"lebih baik kau makan, aku nak pakai kau sekejap lagi. Kalau aku tengok makanan ni tak berusik. Siap kau aku kerjakan" Dafi berlalu pergi dan menghempas pintu kasar
"arghhhh!!!" dia menolak bungkusan makanan tadi dengan kasar
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
عاطفيةNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...