Z U F R A N 2 4

11.6K 433 23
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


Geram betul dia dengan Haris, tadi Melyssa telefon lelaki itu minta izin untuk hantar Hanis ke stesen bas.

Ingatkan Haris risau kemudian menawarkan diri untuk temankan dia sekali suaminya jawab 'ok' sahaja

"Ish" tangannya menghentak stereng kereta

"tak boleh jadi ni aku mesti buat sesuatu" dia berkira kira cara untuk memujuk Haris

Malam itu, sebaik sahaja menolong puan Summayah mengemas meja makan.

Melysaa duduk santai di ruang tamu sambil menemani umi menonton drama kegemarannya

"macam mana hero tu boleh bawa diri pula ni umi, bukan heroin ke yang patutnya merajuk sebab dia nampak suami dia berpelukan dengan perempuan lain" best pula layan drama ni,

dah lama sebenarnya dia meninggalkan televisyen sejak bekerja di syarikat tan sri Megat.

Drama melayu sekarang cerita semua sama je, ceo kahwin dengan gadis kampung.

Kahwin paksa la...eh tu dia

"mana tak hero tu merajuk dia dah terangkan dekat isteri dia yang semua tu salah faham tapi biasa la kita perempuan apa yang kita nampak itu la yang kita percaya" cerita puan Summayah sambil mengunyah kerepek pisang.

Sempat Melyssa melirik pada Haris yang tekun menghadap laptop

'konon buat buat tak pandang aku' ejek Melyssa padahal masa dia berbual dengan umi tadi, dia nampak Haris siap termenung melihatnya

"umi dah mengantuk, Lyssa tak masuk bilik ke atau tunggu Haris" sebaik sahaja drama yang di tonton tamat, puan Summayah meminta diri

"nak masuk la ni umi, biarkan la orang tu buat kerja dia" sengaja Melyssa cakap kuat sikit biar Haris dengar

"mari la kita, biarkan Haris tu buat kerja dia" mereka berdua masuk ke dalam bilik meninggalkan Haris sendiri.

Dia faham Melysaa saja nak menyindirnya, dari semalam lagi sejak mereka melancarkan perang dingin dia sibuk menghadap laptop.

Bukan dia saja saja tapi memang ada kerja yang perlu di siapkan memandangkan syarikatnya bakal mengeluarkan susu berperisa baru

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Mundar mandir Melyssa di dalam bilik menanti suaminya, dia dah ada rancangan sendiri tapi kenapa dia rasa berdebar.

Laju jantungnya macam baru lepas berlari

"yang aku ni ke hulu ke hilir buatnya nanti dia masuk tengok aku macam ni. Tak menjadi plan aku" langkah di atur ke arah katil, badan di rebahkan

'lama sangat duduk dekat luar tu, banyak sangat ke kerja dia?'.

Melyssa dengar Haris batuk di luar bilik terus dia tarik selimut tapi matanya masih belum lelap.

Plan akan mula bermula sekarang!

"hi awak" Melyssa menegur Haris, wajah itu ketat tanpa senyum.

Senyap, 'sombong eh'.

Haris berbaring seperti biasa di atas tilam.

Ini la peluangnya, dia berguling guling dan 'pap' dia jatuh betul betul atas badan Haris

"aduh..." dia dengar suara suaminya mengadu kesakitan, di gulingkan lagi sehingga badannya berbaring di sebelah Haris

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now