Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
"Morning mummy" Melyssa mencium dahi puan sri Aleena"morning apanya kamu ni dah pukul 12.30 tengah hari, tula bangun lambat lagi sampai dah tak boleh nak beza pagi dengan tengah hari" bebel puan sri Aleena.
Dah puas dia nasihatkan anak daranya tapi macam biasa Melyssa masih dengan perangainya
"alaa mummy ni tak sempat nak tengok jam tadi lagipun pagi tadi kan hujan tu yang Lyssa terlajak tidur" dia memberi alasan
"suka hati kamu la Lyssa nanti bila dah kahwin dapat mak mertua macam dalam drama padan muka kamu, biarkan dia membebel dekat kamu dah la bangun lambat lepastu tak reti nak tolong orang masak" Melyssa merelakan telinganya hari ni mendengar bebelan puan sri Aleena,
biasanya dia dah lari ke ruang tamu bila mummynya mula membebel
"banyak betul mummy dengan mak masak harini, ada kenduri ke?" dia mengubah topik bila kuantiti lauk yang dimasak hari ini lebih daripada selalu
"kenduri apa pula, haishh kamu ni daripada kamu duduk berbual dengan mummy lebih baik kamu tolong mak tu potong buah tembikai" arah puan sri Aleena,
rimas dia dengan suara Melyssa yang dari tadi tak berhenti bercakap
"Mummy bagitahu dulu siapa yang nak datang baru Melyssa pergi buat kerja" ugutnya, selagi dia tak dapat jawapan selagi tu dia takkan bergerak
"stress mummy dengan perangai kamu ni, kawan mummy dengan papa nak datang yang tolong kamu haritu dekat kampung pakcik Zulkifli dengan makcik Summayah" puan sri Aleena akhirnya menjawab pertanyaan anak daranya kalau tak Melyssa takkan berganjak dari sini
"ouhhhh.... kenapa diaorang nak datang mummy?" sebaik sahaja puan sri Aleena mengetuk senduk dengan kasar terus Melyssa berlari ke arah mak untuk memotong tembikai
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
"Lahhh...yang kamu tak mandi lagi ni kenapa, tetamu dah nak sampai Melyssa" tegur puan sri Aleena yang kebetulan melewati bilik Melyssa
"alaa mummy, Lyssa kena turun juga ke?" tanya dia malas
"bertuah punya budak memang la kena turun, ingat sikit ya diaorang tu dah tolong kamu, jangan nak
jadi orang yang tak kenang budi pula Naura Melyssa" dalam kelembutan puan sri Aleena terselit sifat tegasnya"yela yela Lyssa pergi mandi" dia mencapai tuala di ampaian kemudian masuk ke dalam bilik air.
Puan sri Aleena pula masuk ke dalam biliknya untuk bersiap menyambut ketibaan tetamu nanti
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
"Dah sampai pon jemput masuk semua" pelawa tan sri Megat pada keluarga hj Zulkifli.
Mereka semua mengambil tempat duduk di ruang tamu kecuali Melyssa yang tiada di situ, dia masih berada di dalam bilik
"susah tak nak cari rumah aku?" soal tan sri Megat pada hj Zulkifli
"tak ada la susah mana Haris ni ha yang guna apa tu maps cari rumah kau" balas hj Zulkifli
"lagipun Haris bukan pertama kali kan datang kuala lumpur ni" tan sri Megat memandang ke arah Haris sambil tersenyum
"betul pakcik bukan pertama kali saya datang kuala lumpur" jawab Haris
"abang dengan yang lain berbual la dulu saya nak ke dapur hidangkan makanan" celah puan sri Aleena
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...