Dia terlalu bermakna
。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆
"Kenapa dengan Melyssa, Haris?" soal puan Summayah sebaik sahaja dia lihat anaknya mengendong menantunya"Melyssa jatuh masa Haris pergi beli aiskrim tadi" jawab Melyssa
"macam mana kamu boleh jatuh ni, dah dah jom masuk kita letak ubat" puan Summayah yang mahu naik ke atas di tahan oleh Melyssa
"umi boleh tolong bawakan ubat dekat luar tak? Lyssa nak duduk dekat pangkin sambil makan aiskrim" kalau duduk dalam rumah memang bosan sebab dia dah tak boleh berjalan sendiri.
Lebih baik dia makan aiskrim sambil duduk menghirup udara di luar.
Haris membawa isterinya duduk di atas pangkin kemudian dia memeriksa lagi kaki Melyssa
"aiskrim saya mana?" Haris menghulurkan plastik aiskrim yang di beli tadi.
Aiskrim kegemarannya di ambil, macam tahu tahu je Haris yang Melyssa suka aiskrim cornneto.
Dia menjilat aiskrim itu sepuasnya.
"awak nak?" dia menyuakan aiskrim miliknya pada Haris yang masih sibuk melihat keadaan kakinya,
luka sikit je suaminya risau macam kaki dia patah
"awak tak kisah ke kongsi dengan saya?" mana tahu Melyssa sekadar pelawa tanpa memaksudkannya.
laju dia menggeleng "tak, nah rasa lah" Haris makan sedikit aiskrim di tangan Melyssa
"sedap kan?" Haris mengangguk
"awak ni kaki saya okay la duduk la sebelah ni" Melyssa menarik tangan Haris
"tak apa la saya tunggu ubat dari umi sebab tu saya duduk bawah" jawabnya
"Haris, ni ubatnya" puan Summayah menghulurkan ubat dan plaster kepada Haris.
Kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah Melyssa
"umi nak aiskrim?" Melyssa menunjukkan plastik yang masih berbaki satu lagi aiskrim
"tak nak la umi, manis" tersenyum Melyssa, sama betul perangai dengan puan sri Aleena,
kalau dia offer aiskrim mesti ayat yang sama mummy akan beri
"Lyssa betul betul jatuh sendiri ke atau ada yang kamu berdua sembunyikan dari umi?" Melyssa telan air liur, wajah Haris di lihat.
'nak cakap apa' Melyssa angkat angkat kepala.
Haris pula angkat bahu
"ha ada la tu" puan Summayah lihat pasangan suami isteri itu seolah olah cuba sembunyikan sesuatu darinya
"tak ada benda la umi, Haris dah selesaikan tadi" jawab Haris
"dah siap, saya nak bawa ubat ni masuk dulu" Haris mengemas botol ubat
"okay" ringkas jawapan Melyssa.
Sebaik sahaja kelibat Haris hilang, puan Summayah memandang menantunya
"cuba cerita dekat umi" nak tak nak terpaksa la dia membuka cerita
"cerita dia macam ni umi..." Melyssa mula menceritakan dari A sampai Z apa yang berlaku di kedai tadi
・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・
Tak sabar Melyssa rasa ingin pulang ke rumah orang tuanya.
YOU ARE READING
H A R I S Z U F R A N (RAW)
RomanceNaura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan anak kawan papa dan mamanya dari KAMPUNG dia ulang dari KAMPUNG Dia menentang sekeras kerasnya permi...