07 Pergi

5.3K 306 74
                                    

Mata luas Khairul menyepet kerana asyik menangis tidak henti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata luas Khairul menyepet kerana asyik menangis tidak henti. Dia tersedu-sedu dalam dakapan pembantu rumahnya. Penat melepaskan segala tenaga bagi menghalang pemergian Mak teh, kiranya usaha telah membuatkan hasil.

"Mak Teh jangan pergi tau?" pinta Khairul lagi. Badannya dikecilkan atas ribaan wanita berkenaan. Demam anak itu telah beransur kebah setelah diberikan paracetamol seperti kebiasaan. Kulit badan Khairul pun sedang merembeskan peluh menandakan ia sedang bekerja buat menyingkirkan lebihan haba di dalam pembuluh darah.

"Mama tak suka Mak Teh duduk dekat sini," jawab Mak Teh. Hati perempuannya berbelah bahagi sejak semalam lagi. Diusap belakang badan Khairul untuk memujuk. Moga lembut jualah hati Khairul pada petang itu. Tak banyak yang Mak Teh boleh lakukan bilamana tuan rumah itu sendiri membencinya.

"Bawa Khai sekali ya? Khai tak suka duduk sini juga. Mama tak sayang Khai..." cadang Khairul.

Senyuman kecil Mak Teh terukir sebelum dia menggeleng. "Ini rumah Khai... Khai kena jaga papa dan mama."

"Papa dan mama pun tak jaga Khai," gumam Khairul sendirian. Anak mata jatuh menekur beg pakaian sang pembantu rumah di penjuru katil. Baju yang sedang membaluti tubuh Mak Teh digenggam erat, tak mahu terpisah nanti. Khairul boleh saja mengeraskan badan umpama batu selama-lamanya di situ, biar Mak Teh tidak boleh bangun dan melangkah keluar bilik.

"Macam ni lah..." Ruas dahi Khairul dielus Mak Teh. "Mak Teh cuba pujuk mama lagi ya? Kalau mama tetap halau Mak Teh... Mak Teh kena pergi juga. Tapi Khai boleh saja datang melawat Mak Teh bila-bila masa."

"Rumah Mak Teh dekat mana? Khai nak kemas baju jugalah... Nak duduk dekat sana..." Bersinar-sinar pandangan anak itu. Dia punya satu idea bernas. Pindah sajalah ke rumah Mak Teh.

"Dah sudah drama air mata?" Suara Datin Farina memotong atmosfera. Suasana tenang tadi berganti dingin. Riak wajah Khairul juga menjadi bengis. Bibir anak itu terketap rapat.

"Khai dah kebah demam, kan? Kau nak tunggu apa lagi... Pergilah berambus dari sini. Buat semak sahaja... Dengan budak ni yang terpekik terlolong dari subuh... Bising tau tak!" Datin Farina menggosok sebelah cuping telinga, bengang dengan teriak anak sendiri. Lagi dijeling Khairul, lagilah anak itu membalas pandangan helang. Sepertinya Khairul sudah tidak takut untuk melawan segala kelakuan kedua-dua orang tua.

Mak Teh melepaskan Khairul lalu berdiri. Terpaksa meleraikan juga pegangan Khairul yang berkeras kepala. Dia menapak ke hadapan sang majikan, muka temboknya rela menerima makian. "Puan, saya nak kerja dekat sini lagi... Walaupun gaji saya dikurangkan, saya sanggup juga."

Wanita berbaju tidur satin berkenaan menggeleng simpati. Dilirik tubuh seorang yang lebih berusia daripadanya atas dan bawah. Dia juga mara setapak, tudung sarung Mak Teh dibaiki kedutannya dengan hujug jemari. "Aku dah tak nak tengok drama kau. Ramai lagi orang gaji yang boleh aku ambil dekat agensi. Kau ni macam anjing kurap je dalam rumah aku. Semalam punyalah melalak bising, hari ni menikus pula takut nak kena pecat. Dah, keluar!" Akhir ayat Datin Farina sengaja ditekankan di hadapan muka Mak Teh.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now