"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
QS Ar-Rum: 21
"So macam mana pertemuan pertama dengan sugar daddy baru?" Laila tersenyum seperti kerang busuk. Bukan main ceria lagi wajah rakannya sejak dihantar pulang oleh sebuah kereta mewah.
"Seronok!" kata Fatihah.
Dua dara itu duduk di bangku batu taman berhadapan rumah. Rumah di taman perumahan ini adalah kepunyaan ibu bapa Laila, Fatihah pula hanya menginap di sebuah flat yang tidak jauh dari situ. Kurang 20 minit juga jika berjalan kaki.
"Hensem ke orangnya?" Sesi mengorek cerita mengisi senja petang bermula. Laila tak kurang terujanya.
"Lagi hensem daripada gambar dalam website," puji Fatihah. Mungkin ini dinamakan cinta pandang pertama. Tekad buat meninggalkan Ikram menggunung tinggi.
"Untung la kau... Bayangkan dapat sugar daddy umur 50-an... Geli!" Sempat Laila membuat wajah jijik yang kemudian disambut tawaan Fatihah.
"Dia bagi aku RM200 tadi."
"Kaya sangat ke Khairul tu?"
Fatihah menjongketkan bahu dan mencebik bibir. "Katanya office boy... Aku tak tahu sangat dia kerja apa."
Tidak padan pula lelaki bekerja biasa-biasa hendak mengambil sugar baby dengan bayaran yang agak mahal. Kepala yang tidak gatal digaru Laila. "Apa yang korang sembangkan tadi?"
"Banyak sembang pasal aku je. Dia tak sentuh langsung pasal diri dia... Dia tanya aku sekolah dekat mana, susah ke belajar. Tanya pasal mak ayah aku..." terang Fatihah. Perkenalan pertama dia berlangsung begitu baik.
Terangguk fahamlah Laila. Tidak sia-sia hasil cadangan untuk Fatihah membuat akaun di website sugar baby tempoh hari. "Bagus la kalau dia jenis yang ramah bersembang. Kau tak tanya pasal girlfriend atau isteri dia?"
"Dia kata dia bujang dan tak ada kekasih."
"Dia okay ke dengan syarat kau?"
"Ya, dia setuju untuk tak melampaui batas seorang kawan. Aku rasa... Aku suka dia."
Fatihah memyimpulkan senyuman manis. Terasa masa hadapannya semakin cerah jika Khairul terus ada. Untung badan sekali pertemuan makan dibayar RM200. Otak Fatihah ligat berfikir hendak membeli apa pada petang itu. Dia menundukkan wajah ke riba. Duit pemberian Khairul yang terselit dalam tas tangan dilihat lama.
"Awal sangat. Kau tak tahu apa perangai sebenar dia," potong Laila tidak bersetuju.
Pesanan Laila berlalu seperti angin petang yang menerap hadir dan pergi. Fatihah berasa seronok dengan dunia baharunya. "Esok aku kena teman dia outstation 3 hari 2 malam dekat Cameron Highlands."
"Kau nak ponteng sekolah?"
"Bukan selalu." Fatihah mengenyitkan mata.
"Kau jaga diri tau. Jangan sampai balik sekolah nanti termengandung pula." Perasaan berat menghenyak hati Laila. Sungguh dia tak mahu Fatihah terus keluar bermalam bersama-sama lelaki asing di laman sesawang. Kebanyakan lelaki yang memerlukan perhatian sugar baby akan inginkan lebih daripada sekadar borak kosong.

YOU ARE READING
TUAN KHAIRUL ✓ [C]
RomanceSekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BOOK #7 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Romance ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha ...